Laman Pendidikan Lepasan SPM-KPJ University College dan Online Business
   Utama      Bantuan Kewangan

 
6.0 BANTUAN KEWANGAN

i. Unit Bantuan Kewangan dan Pinjaman KPJUC bersedia membantu pelajar menguruskan pinjaman pelajaran mahasiswa/i selepas sesi pendaftaran. Satu taklimat akan diberikan kepada mahasiswa/i berkaitan dengan pinjaman pelajaran semasa minggu orientasi. Pinjaman yang diuruskan oleh pihak KPJUC ialah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

ii. Bagi pelajar antarabangsa TIADA pinjaman pengajian disediakan
 
Syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah mengikuti program sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah pertama IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3. Tidak mempunyai tunggakan pembiayaan Pendidikan PTPTN dan Pemohon tidak menerima penajaan lain dalam satu-satu masa.

4. Pemohon wajib membuka akaun SSPN sebelum membuat permohonan di mana-mana cawangan MAYBANK, Bank Islam Malaysia, UTC dan pejabat-pejabat PTPTN.

5. Membeli no. pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional BSN yang berharga RM5.00.

6. Membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di mana-mana cawangan terdekat.

Cara Memohon PTPTN

i. Permohonan secara atas talian (online). Senarai semak adalah seperti dalam Lampiran Borang PTPTN.

ii. Hendaklah dilakukan selepas mendaftar di KPJUC untuk mengelakkan kesilapan. Kesilapan memungkinkan permohonan ditolak.

Lain-lain Bantuan Kewangan
i. Pihak KPJUC bersedia membantu mahasiswa/i dalam memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi atau agensi yang ada menawarkan bantuan.

ii. Walaupun begitu, urusan yang terbabit dengan pihak pemberi bantuan hendaklah diuruskan oleh mahasiswa/i sendiri. KPJUC tiada masalah untuk membantu dalam pengesahan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

iii. Pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) oleh penjaga.

iv. Yayasan-yayasan Negeri v. Bantuan Zakat/Baitulmal negeri

vi. Yayasan Kuok

vii. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Peluang Penajaan oleh Rangkaian Hospital KPJ Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di sini berpeluang mendapat tajaan (separuh atau penuh) pengajian daripada Rangkaian Hospital KPJ yang ada di seluruh Malaysia. Syarat-syaratnya;

i. Menggunakan keputusan peperiksaan bagi tahun pertama (Semester 1 dan Semester 2)

ii. Memperolehi keputusan GPA 3.0 dan ke atas.

iii. Tiada rekod disiplin sepanjang tempoh tiga (3) tahun pengajian DAN

iv. Keputusan tajaan adalah bergantung penuh kepada pihak Hospital. Sekiranya berjaya dalam sesi temuduga, pelajar akan terikat dengan kontrak perjanjian dan pekerjaan dengan hospital yang menaja. Syarat-syarat di atas juga sentiasa berubah dari masa ke masa.

7.0 INSURAN

KPJ Healthcare University College menyediakan insuran kepada pelajar. Premium perlindungan adalah sebanyak RM10,000 setiap tahun dan tidak melibatkan kes-kes pesakit luar atau kes-kes rawatan susulan. Ia bertujuan melindungi pelajar bagi kes yang melibatkan kecemasan seperti kemalangan. Insuran ini boleh digunakan di mana-mana rangkaian hospital swasta di Malaysia. Hospital KPJ akan diberikan keutamaan.
 
 
 
 
 

 
6 Langkah Permohonan 
KPJUC
 
 
Dapatkan Maklumat
Mengenai KPJUC
 
 
 
ANDA PELAWAT KE
 

 
PELAWAT ONLINE
 

 

 
 
=========================
   Hakcipta (c) Koleksiminda.com
Kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan 
kos yang ditanggung oleh pengguna laman ini. 
Kami mementingkan Privasi Data pemohon.