SAINS AKTUARI
 
Bidang aktuari adalah bidang yang agak asing bagi kebanyakan orang dan merupakan salahsatu bidang yang belum mendapat perhatian daripada golongan muda sedangkan permintaantenaga mahir di bidang ini begitu diperlukan.Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insuransdalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Apa, yang pastitenaga kerja bumiputera yang lulus di dalam bidang mi masih kurang.Skop bidang mi meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuanyang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.Tujuan utama program ini untuk menyediakan pengetahuan asas yang diperlukan oleh ahliaktuari. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan para lulusan universiti yang berkaliber bagi mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang bersangkutan dengannya.Pelajar yang ingin mengikuti program ini dan memilihnya sebagai kerjaya perlumempunyai kemahiran matematik dan bahasa Inggeris yang baik. Kemahiran pengurusan dankomunikasi yang berkesan juga penting memandangkan seorang aktuari itu perlu berjumpadan berbinang dengan orang ramai.!ntuk memperoleh kemahiran tersebut, semasa pengajian pelajar akan didedahkandengan pengajian asas matematik seperti statistik, kuantitati", algebra dan sebagainya. Selainitu, pelajar didedahkan dengan asas ekonomi, matematik kewangan, asas perakaunan dankewangan, matematik aktuari, kaedah berangka, kaedah statistik, teori risiko, analisis pelaburan dan pengurusan port"olio, peranangan dan pengawalan aktuari dan isu#isu dalamsains aktuari.Peluang kerjaya memang erah apabila memilih bidang ini. Kurikulum yang diatur bukan hanya memberi penekanan terhadap kemahiran matematik tetapi juga di dalam bidangekonomi, perakaunan dan sains.Bagi pelajar yang menyedari bahawa kerjaya ini mempunyai prospek yang luas tentunyasains aktuari menjadi pilihan. Bagi mereka yang berminat dengan angka#angka, kerjaya di bidang sains aktuari adalah pilihan yang tepat, ini kerana tugas ahli aktuari ialah membuatta"siran untuk menari nilai yang melibatkan nilai tanah, aset atau insurans.Selain itu, lulusan bidang mi boleh meneburi pekerjaan seperti pegawai pengauditan, pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat insurans, perunding aktuari dan pengurus.
 
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
Meminati bidang ini.
Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi Mahir di bidang komputer Mempunyai kemahiran menganalisis
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
===========================================================
   Hakcipta (c) Koleksiminda.com - Kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan 
kos yang ditanggung oleh pengguna laman ini. Kami mementingkan Privasi Data pemohon
===========================================================
SUBMIT YOUR WEB TO GOOGLE SEO NOW...