Nak tahu mengenai kerjaya anda?. 
Klik banner ini dan mendaftar dengan kami, Mendaftar Percuma
 
 


Objektif Inventori Kematangan Kerjaya

Daripada hasil dapatan IKK, dapat: 

i. mengukur tahap kematangan kerjaya ANDA merangkumi domain SIKAP dan domain KECEKAPAN,

ii. menilai keselarasan tingkah laku kerjaya dengan tahap umur ANDA,

iii. mengupayakan ANDA dalam menentukan pemilihan kerjaya yang tepat dengan personaliti diri,

iv. menggalakkan ANDA meneroka maklumat kerjaya secara mendalam bersesuaian dengan personaliti diri. 



1

Subdomain SikapKetentuan dalam membuat keputusan kerjaya

Definisi operasional :ANDA dapat menentukan keputusan bidang pekerjaan yang akan diceburi.

 

2

Subdomain Sikap: Penglibatan dalam membuat keputusan kerjaya

Definisi operasional : ANDA ada melibatkan diri dalam membuat keputusan bidang pekerjaan.

 

3

Subdomain Sikap : Kebebasan dalam membuat keputusan kerjaya

Definisi operasional : ANDA mempunyai kebebasan dalam membuat pemilihan keputusan kerjaya masa depan mereka.

 

4

Subdomain Sikap: Orientasi dalam membuat keputusan kerjaya

Definisi operasional : ANDA dapat menyatakan orientasi, skop, ruang lingkup dan bidang kerjaya yang akan diceburi.

 

5

Subdomain Sikap: Kompromi dalam membuat keputusan kerjaya

Definisi operasional : ANDA dapat menyatakan kompromi, membuat pertimbangan dan boleh bertolak-ansur dalam membuat keputusan bidang pekerjaan.



1

Mengenal diri sendiri

ANDA boleh menyatakan kecenderungan, kebolehan, potensi, bakat dan minat kerjaya.

 

2

Maklumat pekerjaan

ANDA  boleh menyatakan maklumat asas pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya.

 

3

Pemilihan matlamat pekerjaan

ANDA boleh menjelaskan keputusan kerjaya dan memilih pekerjaan berdasarkan pengetahuan mereka tentang tujuan pekerjaan, tahap pendidikan, minat, kebolehan diri, kemahiran dan pengalaman.

 

4

Rancangan kerjaya

ANDA boleh menjelaskan rancangan kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan, seterusnya dapat menentukan hala tuju kerjaya seperti keperluan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan.

 

5

Penyelesaian masalah kerjaya

ANDA boleh menghuraikan cara-cara menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya seperti surat-menyurat, resume, persediaan menghadapi temu duga, latihan, risiko dan peluanmasa depan kerjaya.