Nak tahu personaliti anda?. 
Klik banner ini dan mendaftar dengan kami, Mendaftar Percuma
 


 
  
 
KONSTRUK
SEDERHANA 40% - 60%
TINGGI 70% - 99%
 
AUTONOMI
Seorang yang mempunyai ciri-ciri autonomi pada tahap sederhana dari segi keakuran, kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti harian.                                                                                     
Seorang yang suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan, sangat berdikari dan yakin dalam membuat keputusan
KREATIF
Seorang yang mempunyai ciri-ciri kreatif pada tahap sederhana.
Seorang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan karya kreatif yang original dan tidak suka kerja yang berstruktur.
 
AGRESIF
Seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga hati dan perasaan orang lain.
Seorang individu yang agresif. Anda berani  dan suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.
 
EKSTROVERT
Seorang yang bersederhana dalam pergaulan sosial: Berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan persekitaran.Biasanya, rakan-rakan anda sealiran dengan anda.
Seorang yang peramah, suka bergaul
(outgoing), bekerja dalam kumpulan, suka menghadiri majlis keramaian, yakin bercakap di hadapan orang ramai dan bersikap positif.
PENCAPAIAN
Seorang yang mempunyai tahap motivasi dan pencapaian yang sederhana
Seorang yang sangat bermotivasi, sukakan persaingan dan berorientasikan kecemerlangan.
KEPELBAGAIAN
Seorang yang mempunyai tahap kepelbagaian yang sederhana.Anda seorang yang kurang fleksibel, sederhana anjal dan mengambil masa untuk melakukan perubahan.
Seorang yang suka kepada perubahan dan perkara-perkara baru. Kerja-kerja rutin sangat membosankan anda.
 
INTELEKTUAL
Seorang yang mempunyai tahap sederhana dari segi aktiviti yang mencabar minda , ilmu pengetahuan, akademik dan ilmiah.
Seorang yang suka kepada aktiviti yang mencabar minda dan berbentuk keilmuan, mempunyai daya ingin tahu yang tinggi.
 
KEPIMPINAN
Seorang yang mempunyai tahap kepimpinan yang sederhana. Hanya boleh memimpin kumpulan-kumpulan kecil.
Seorang yang mempunyai ciri kepemimpinan yang tinggi, tegas, bijak membuat keputusan dan suka menjadi ketua. Anda juga penggerak yang tinggi dan boleh mempengaruhi orang lain.
 
STRUKTUR
Seorang yang mempunyai ciri personaliti struktur di tahap sederhana.
Seorang yang suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.
 
RESILIEN
Seorang yang mempunyai ciri-ciri ketahanan psikologi pada tahap sederhana.(Ada sifat cuba jaya dan ikhtiar)
Seorang yang mempunyai daya ketahanan
yang tinggi dari aspek fizikal, mental dan
emosi serta akan menghabiskan semua tugas yang diberikan.(Semangat juang yang tinggi, berjiwa kental, asertif tinggi, ikhtiar bersungguh-sungguh, dan berkobar-kobar)
 






MENOLONG
Seorang yang mempunyai ciri-ciri menolong di tahap sederhana.(Simpati dan penglibatan dalam aktiviti kebajikan di tahap sederhana)
Seorang yang mempunyai sifat empati yang tinggi, prihatin, peka, mudah menghulurkan
bantuan secara sukarela
 
ANALITIKAL
Seorang yang tahap kepekaan dan pemerhatian terhadap persekitaran adalah sederhana. Seorang yang teoritikal dan praktikal
Seorang yang peka terhadap persekitaran, suka membuat pemerhatian dan menganalisis diri sendiri, orang lain, dan persekitaran.(Perlu bukti sahih dan page 2 / 3 berasaskan fakta)
 
KRITIK DIRI
Seorang individu yang stabil dari aspek emosi dan psikologi. Seorang yang suka muhasabah diri, kenal pasti kekuatan & kelemahan serta sentiasa mempertingkat kemajuan diri.
Seorang yang sering berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah, resah dan cemas terhadap apa yang dilakukan. Individu yang mendapat skor melebihi 80% dicadangkan berjumpa guru kaunseling.
 
WAWASAN
Seorang yang selesa dan berpuas hati dengan pencapaian dan keadaan semasa. (Matlamat dan
objektif setakat ada sahaja, tiada enthusiasm: Anda individu berjaya)
Seorang yang mempunyai daya imaginasi dan cita-cita yang tinggi, serta dapat menjangkau pandangan yang jauh. Anda mempunyai hala tuju, visi dan misi yang jelas. (Saya yang menentukan masa: Anda individu yang
cemerlang
 
KETELUSAN
50%-99% Seorang yang tidak telus ketika memberi maklum balas terhadap item-item inventori. Dapatan tret personaliti tidak menepati personaliti diri sendiri. Ketelusan individu digambarkan dengan skor yang
rendah.