NAVIGATOR KUMPULAN  KOLEKSIMINDA- PELUANG PENDIDIKAN             

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA       

KPJ INTERNATIONAL UNIVERSITY

       ICAN COLLEGE

KOLEJ UNIVESITI ISLAM SELANGOR

MANIPAL INTERNATIONAL UNIVERSITY

 
 
 
PLEASE LIKE OUR PAGE
   Home      Ke Mana Selepas UPSR

0129026198
Kuala Lumpur
 
 
Anda Pelawat ke
       
 
       
 widgeo.net
 

Kemana hala anak anda dan anda selepas menduduki UPSR?. PasTikan anda mengeTahuinya Terlebih dahulu sebelum anak anda melangkah ke sekolah menengah. Persediaan awal ini menenTukan laluan pendidikan anda....sedikiT maklumaT yang dapaT kami berikan di sini....

1. SEKOLAH MENENGAH HARIAN


Pengenalan Sekolah Menengah :

Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:

- Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
- Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Kategori Sekolah Menengah Kebangsaan :-

a. SMK (Harian)
b. SM (Bersarama Penuh)
c. SM Seni dan Sukan
d. SMT/V
e. SMKA
f. SMKAB


PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB (HOME SCHOOLING)

1. PENYATAAN DASAR

Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

2. TUJUAN

2.1 Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
2.2 Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
2.3 Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.

3. PELAKSANAAN DASAR

3.1 Akta Pendidikan (Pindaan) 2002

Subseksyen 29A (2) Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, “Jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian”, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.

3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.

3.3 Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

4. KAEDAH PELAKSANAAN

4.1 Permohonan Home Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang berkaitan untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat ini hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua syarat-syarat untuk tujuan permohonan ini ada dinyatakan di dalam borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara.

4.2 Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk mendapatkan keputusan.

4.3 Secara amnya syarat tersebut adalah seperti berikut:

4.3.1 Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia

4.3.2 Pemohon mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan

4.3.3 Salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah

4.3.4 Adalah diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan

4.3.5 Berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

4.3.6 Lawatan ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah

4.3.7 Pemohon membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran tanpa prasangka.

4.3.8 Kanak-kanak yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan

4.3.9 Sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah biasa dengan segera.

5. TARIKH KUATKUASA

5.1 Kertas “Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah” telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada tarikh tersebut.


BANTUAN:-


a. Buku Teks
b. KWAPM
c. Rancangan Makanan Tambahan
d. Skim Baucer Tuisyen
e. Lain-lain Bantuan


- Biasiswa Kecil
- Pakaian Seragam Sekolah

PENGURUSAN ASRAMA HARIAN

1. Latar Belakang

KPM telah menyediakan tempat penginapan yang kondusif dan Selamat kepada murid-murid yang kurang berkemampuan serta tinggal jauh daripada sekolah.

2. Tujuan

Kemudahan asrama yang disediakan adalah bertujuan melahirkan insan (murid) yang cemerlang dalam aspek intelek iaitu kurikulum dan kokurikulum serta seimbang dari segi jasmani dan rohani seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. Kaedah Pelaksanaan

Pengurusan asrama harian melaksanakan aktiviti murid berpandukan Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian yang berpandukan kepada Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM


PROGRAM KESIHATAN DI SEKOLAH :

Pengenalan :-

KPM menubuhkan JK Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) yang di pengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani isu-isu nasional berkaitan 3 aspek di atas. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program 3K ini.

Taarifan

i. Kebersihan : Peersonaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.


ii. Kesihatan: Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.


iii. Keselamatan: Siasana yang Selamat didalam atau diluar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

Skop dan Bidang Tugas :-

1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan iaitu;

i. Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah
ii. Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi berkaitan
iii. Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah
iv. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan
v. Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah
vi. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan dengan perjanjian/kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid.

3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian kebersihan murid dan sekolah;

3.1 Mewujud serta melaksanakn manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.
3.2 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan


4. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan

6. Menyediakan laporan secara berkala.


Cadangan Pelaksanaan Aktiviti.

1. Melaksanakan program kebersihan;

· Program Penjagaan Gigi dan Mulut
· Program Bebas Kutu
· Program Cuci Tangan
· Program Penjagaan Kuku
· Program Kemas Diri
· Program Membasmi Kudis Buta
2. Selain daripada program di atas pertandingan juga diadakan seperti;

· Pertandingan Kebersihan
· Petandingan landskap
· Pertandingan Kantin
· Pertandingan Angkat Kelas
· Pertandingan Melukis dan Mewarna
· Pertandingan Kuiz, Pidato dan Bahas
· Pameran

3. Program-program lain seperti Program Bebas Denggi, menyediakan sudut keceriaan dan sekolah kawasan Larangan Merokok. 

2. Sekolah Kluster


LATAR BELAKANG


Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DEFINISI

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

PELAKSANAAN

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-
  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama
  • Pengukuran Standard Sekolah:
  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
  • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
  • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
  • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
  • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
  • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
  • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
  • GPS UPSR : 2 dan ke bawah
Syarat Pemilihan

Kecemerlangan murid dalam aspek:
  • Akademik
  • Kokurikulum
  • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:
  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post
Guru-guru sekolah kluster pula:
  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:
  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:
  • Key Performance Indicator (KPI)
  • Pengurusan sumber manusia dan fizikal
  • Sumber kewangan
  • Pembangunan profesionalisme staf
  • Program kurikulum dan kokurikulum berkesan
  • Lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  • TOR Sekolah Kluster
Autonomi Sekolah:

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:
  • Umum (untuk semua sekolah)
  • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:
  • Pematuhan piawai yang berikut:
  • Akta Pendidikan 1996
  • Sistem Pendidikan Kebangsaan
  • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
  • SKPM
Senarai Bidang Autonomi:
  • Pengurusan Sekolah
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:
  • Biasiswa
  • Kewangan/Dana
  • Program Kecemerlangan Akademik
  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya
IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:
  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia 

3. Asrama Penuh


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956
2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963
5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.”
Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua (2) iaitu:-

1. SMS Sultan Mohamad Jiwa (1973)
2. SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)
3. SMS Selangor (1973)
4. SMS Muzaffar Syah (1973)
5. SMS Sultan Haji Ahmad Shah (1973)
6. SMS Sultan Mahmud (1973)
7. SMS Tengku Muhammad Faris Petra (1973)
8. SMS Tuanku Syed Putra (1974)
9. SMS Tuanku Jaafar (1974)
10. SMS Johor (1975)

Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, SM Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran SainsTeknikal.

Pada tahun 2003, SMS Seri Puteri dan SMS Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Manakala 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 1 buah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004.

Pada tahun 2009, 5 buah SM Sains yang dibina dalam RMKe-9 mula beroperasi. Sehingga kini bilangan SBP di seluruh negara adalah 60 buah.
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4. Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
· Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
· Kaunter BPSBPSK
· Talian hotline BPSBPSK
· Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  1. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
· Warganegara Malaysia.
· Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas
daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
· Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
· Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBP
JENIS ALIRAN
SAINS
AGAMA
Pakej Mata Pelajaran
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Matematik
· Sains
· Sejarah
· Geografi
· Kemahiran Hidup
· Pendidikan Islam / Moral
· Bahasa Antarabangsa
(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Bahasa Arab Komunikasi
· Matematik
· Sains
· Sejarah
· Geografi
· Kemahiran Hidup
· Pendidikan Islam / Moral
· Bahasa Antarabangsa
· (*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin
Jenis SBP yang ditawarkan
· SBP Terawal (Premier)
· Sekolah Menengah Sains (SMS)
· Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
· Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
3. Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
3. Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
· Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
· Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
· Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
4. Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
· Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
· Kaunter BPSBPSK
· Talian hotline BPSBPSK
· Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.

  1. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
· Warganegara Malaysia.
· Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas
daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
· Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
· Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN EMPAT (4) YANG DITAWARKAN DI SBP
BIL
JENIS ALIRAN
PAKEJ MATA PELAJARAN
1
Sains Tulen
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Matematik
· Matematik Tambahan
· Fizik
· Kimia
· Biologi
· Sejarah
· Pendidikan Islam / Moral
· *EST (English for Science and Technology)
(*Tertakluk kepada sekolah)
2
Sains Tulen Agama
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Matematik
· Matematik Tambahan
· Fizik
· Kimia
· Biologi
· Sejarah
· Bahasa Arab Tinggi
· Pendidikan Syariah Islamiah
· Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
· *EST (English for Science and Technology)
(*Tertakluk kepada sekolah)
3
Agama Ikhtisas
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Matematik
· Matematik Tambahan
· Sains
· Prinsip Akaun
· Ekonomi Asas
· Sejarah
· Bahasa Arab Tinggi
· Pendidikan Syariah Islamiah
· Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
4
Sains Teknikal
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Matematik
· Matematik Tambahan
· Fizik
· Kimia
· Lukisan Kejuruteraan
· Teknologi Kejuruteraan
· Sejarah
· Pendidikan Islam / moral
· *EST (English for Science and Technology)

 
 
 

4. Pelajaran Menengah



Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:
  • Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
  • Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Pendidikan Menengah Rendah

Ini merangkumi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Subjek yang akan dipelajari terbahagi kepada berikut:

Subjek Teras Subjek Pilihan
Bahasa Melayu Pendidikan Islam
Bahasa Inggeris Moral
Sains Kemahiran Hidup:Ekonomi Rumah Tangga
Sejarah Kemahiran Hidup: Pertanian
Geografi Kemahiran Hidup: Perdagangan dan Keusahawanan
Matematik Kemahiran Hidup Bersepadu
Bahasa-bahasa Eropah
Bahasa ibunda

Pilihan subjek pilihan adalah tertakluk kepada kemampuan sekolah. Pada pengajian murid-murid di Tingkatan 3, mereka akan dinilai melalui peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).


Pendidikan Menengah Atas

Setelah tamat Pendidikan Menengah Rendah, murid-murid akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Menengah Atas selama 2 tahun (Tingkatan 4- Tingkatan 5).

Sejak pelaksanaan sijil terbuka, murid-murid perlu mengambil empat subjek wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam atau Moral dan Sejarah.

Terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan menengah atas:
  • Aliran Akademik (Sains/Sastera)
  • Aliran Teknik dan Vokasional
  • Aliran Agama
Aliran Sains dan Sastera

Murid yang berminat dalam bidang akademik boleh memilih salah satu antara dua aliran utama. Murid yang berminat dengan sains akan mengambil subjek Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (English for Science and Technolgy, EST).

Sekiranya memilih aliran sastera, murid akan memilih sains paduan dan sebarang subjek lain yang tidak berunsur sains seperti perakaunan atau perdagangan.

Aliran Teknik dan Vokasional

Selepas tamat PMR, murid yang berminat berpeluang untuk memilih ke aliran teknik. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik
  • Pertanian
  • Perdagangan
  • Pengurusan Makanan
  • Pengajian Pakaian
Murid berpeluang untuk memilih ke aliran vokasional. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:
  • Elektrik
  • Elektronik
  • Automotif
  • Katering
  • Pengaturcaraan Komputer
Terdapat beberapa sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menawarkan aliran teknikal, tetapi bilangannya terhad dan hanya dua subjek elektif yang ditawarkan iaitu Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Murid yang meminati jurusan yang ditawarkan mestilah memohon untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik secara atas talian.

Pada akhir pengajian tingkatan 5 murid-murid daripada aliran ini akan dinilai melalui peperiksaan SPM.

Peringkat Menengah Rendah: Tingkatan 1 - 3

Mata Pelajaran Teras:

1. Bahasa Melayu
2. English Language
3. Mathematics
4. Science
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam
7. Pendidikan Moral
8. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Mata Pelajaran Wajib:

1. Geografi
2. Pendidikan Jasmani
3. Pendidikan Kesihatan
4. Kemahiran Hidup
5. Pendidikan Seni Visual
6. Pendidikan Muzik.

Mata Pelajaran Tambahan:

1. Bahasa Cina
2. Bahasa Tamil
3. Bahasa Arab
4. Bahasa Iban
5. Bahasa Kadazandusun
6. Bahasa Jepun
7. Bahasa Perancis
8. Bahasa Jerman

Peringkat Menengah Atas: Tingkatan 4 - 5

Mata Pelajaran Teras:

1. Bahasa Melayu
2. English Language
3. Mathematics
4. Science
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam
7. Pendidikan Moral
8. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Mata Pelajaran Wajib:

1. Pendidikan Jasmani
2. Pendidikan Kesihatan

Mata Pelajaran Tambahan:

1. Bahasa Cina
2. Bahasa Tamil
3. Bahasa Arab
4. Bahasa Iban
5. Bahasa Kadazandusun
6. Bahasa Jepun
7. Bahasa Perancis
8. Bahasa Jerman

Mata Pelajaran Elektif:

1. Kesusasteraan Melayu
2. Literature in English
3. English for Science and Technology
4. Pendidikan Seni Visual
5. Pendidikan Muzik
6. Geografi
7. Ekonomi Asas
8. Additional Mathematics
9. Additional Science
10. Physics
11. Chemistry
12. Biology
13. Information and Communication Technology
14. Reka Cipta
15. Sains Sukan
16. Pembinaan Domestik
17. Membuat Perabot
18. Seni Reka Tanda
19. Kerja Paip Domestik
20. Pendawaian Domestik
21. Kimpalan Arka dan Gas
22. Menservis Automobil
23. Menservis Motosikal
24. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
25. Menservis Peralatan Elektrik Domestik
26. Rekaan dan Jahitan Pakaian
27. Katering dan Penyajian
28. Pemprosesan Makanan
29. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
30. Hiasan Dalaman Asas
31. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
32. Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
33. Landskap dan Nurseri
34. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
35. Tanaman Makanan
36. Grafik Berkomputer
37. Produksi Multimedia
38. Mechanical Engineering Studies
39. Civil Engineering Studies
40. Electrical & Electronic Engineering Studies
41. Engineering Drawing
42. Pengajian Agroteknologi
43. Sains Pertanian
44. Pengajian Keusahawanan
45. Perdagangan
46. Prinsip Perakaunan
47. Pengajian Pakaian
48. Pengurusan Makanan
49. Ekonomi Rumah Tangga
50. Engineering Technology
51. Fundamentals of Programming
52. Program and Development Tools
53. Pola Pakaian
54. Membuat Pakaian
55. Roti & Makanan Yis
56. Patisserie
57. Penyediaan Masakan Barat & Timur
58. Penyediaan Makanan & Minuman
59. Persolekan
60. Dandanan Rambut
61. Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
62. Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
63. Bahan Binaan
64. Teknologi Binaan
65. Prinsip Elektrik & Elektronik
66. Aplikasi Elektrik & Elektronik
67. Pemesinan Berkomputer
68. Amalan Bengkel Mekanikal
69. Penyejukan
70. Penyamanan Udara
71. Automotif Kenderaan
72. Automotif Elektrik dan Disel
73. Kimpalan Arka
74. Kimpalan Gas
75. Kejenteraan Pertanian
76. Hortikultur Hiasan & Lanskap
77. Pengeluaran Tanaman
78. Pemprosesan Hasil Pertanian
79. Pengeluaran Ternakan
80. Teknologi Pejabat Perniagaan
81. Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
82. Perakaunan Perniagaan
83. Applied Science
84. Animasi dan Rekabentuk Penerbitan
85. Penerbitan Multimedia Kreatif
86. Sistem Sokongan Komputer
87. Sistem Sokongan Rangkaian
88. Asas Kemahiran Pelancongan
89. Pelancongan dan Rekreasi
90. Bahasa Arab Tinggi
91. Tasawwur Islam
92. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
93. Pendidikan Syariah Islamiah
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 


ANDA MAHUKAN 
MAKLUMAT PELUANG 
PENDIDIKAN
TERUS KE EMAIL 
ANDA?????
HANYA ISI BORANG 
DI BAWAH UNTUK
 

MAKLUMAT SEGERA PENDIDIKAN
YA, saya mahukan maklumat pendidikan tersebut. (Klik SUBMIT SEKARANG)