1 Mengenal diri sendiri ANDA boleh menyatakan kecenderungan, kebolehan, potensi, bakat dan minat kerjaya. 2 Maklumat pekerjaan ANDA boleh menyatakan maklumat asas pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya. 3 Pemilihan matlamat pekerjaan ANDA boleh menjelaskan keputusan kerjaya dan memilih pekerjaan berdasarkan pengetahuan mereka tentang tujuan pekerjaan, tahap pendidikan, minat, kebolehan diri, kemahiran dan pengalaman. 4 Rancangan kerjaya ANDA boleh menjelaskan rancangan kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan, seterusnya dapat menentukan hala tuju kerjaya seperti keperluan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan. 5 Penyelesaian masalah kerjaya ANDA boleh menghuraikan cara-cara menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya seperti surat-menyurat, resume, persediaan menghadapi temu duga, latihan, risiko dan peluanmasa depan kerjaya. |
|