1
Mengenal diri sendiri
ANDA boleh menyatakan kecenderungan, kebolehan, potensi, bakat dan minat kerjaya.
2
Maklumat pekerjaan
ANDA boleh menyatakan maklumat asas pekerjaan dengan tepat seperti kelayakan, latihan, gaji, risiko dan kelebihan bidang kerjaya.
3
Pemilihan matlamat pekerjaan
ANDA boleh menjelaskan keputusan kerjaya dan memilih pekerjaan berdasarkan pengetahuan mereka tentang tujuan pekerjaan, tahap pendidikan, minat, kebolehan diri, kemahiran dan pengalaman.
4
Rancangan kerjaya
ANDA boleh menjelaskan rancangan kerjaya berdasarkan maklumat dalam pekerjaan, seterusnya dapat menentukan hala tuju kerjaya seperti keperluan pendidikan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan.
5
Penyelesaian masalah kerjaya
ANDA boleh menghuraikan cara-cara menangani konflik dalam membuat keputusan kerjaya seperti surat-menyurat, resume, persediaan menghadapi temu duga, latihan, risiko dan peluanmasa depan kerjaya. |