Rawatan Payudara

KANSER PAYUDARA DAN IKHTIAR MENCEGAHNYA

Ramai yang sudah mengetahui bahawa…
KANSER PAYUDARA adalah PEMBUNUH UTAMA kaum wanita. Hampir separuh dari wanita yang didiagnosis mengidap Kanser Payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun!

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa. Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

PENYEBAB KANSER PAYUDARA

Penyebab sebenar Kanser Payudara tidak di ketahui. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap Kanser Payudara:

-Usia meningkat

-Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Kanser Payudara

-Telah mendapat kanser pada satu payudara

-Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)

-Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun

-Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan

PETANDA KANSER PAYUDARA

-Puting berdarah
Penghasilan cecair daripada puting adalah normal dan biasanya ia berlaku akibat masalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh jadi membimbangkan sekiranya puting berdarah.

-Ruam di bahagian puting
Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan Kanser Payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.

-Puting tertarik ke dalam
Puting tertarik ke dalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada sesetengah wanita. Walau bagaimanapun sekiranya keadaan ini baru berlaku dan terjadi tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor.

ADA 4 TAHAP KANSER PAYUDARA

-Tahap 1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

-Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

-Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

-Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

RAWATAN KANSER PAYUDARA

Rawatan termasuk pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi. Perlu diingat bahawa pengesanan awal Kanser Payudara bererti rawatan lebih berkesan dan mungkin boleh dipermudahkan dan pembedahan konservatif boleh dijalani. Pembedahan konservatif adalah merujuk kepada pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu bahagian di mana kanser berada. Mastektomi merupakan pembedahan di mana seluruh payudara “dibuangkan”.

Pembentukan semula payudara boleh dijalankan untuk mereka yang melalui mastektomi. Perbincangan mengenai ini harus berlaku awal-awal lagi sebelum terapi yang lain bermula. Ini membolehkan perancangan rawatan anda secara menyeluruh dan akan melibatkan pakar pembedahan plastik.

Rawatan-rawatan alternatif termasuklah rawatan menggunakan herba dan rawatan secara pemakanan. Salah satu rawatan berasaskan herba dan semudah cara sapuan pada point tertentu dan telah mempunyai ramai testimoni ialah dengan KRIM NANO TERAPI HORMON FIRMAX3.

Namun perlu diingat, kejayaan sesuatu rawatan juga dipengaruhi oleh kesihatan umum dan sikap seseorang terhadap penyakitnya. Yang penting, pesakit tidak disogokkan dengan harapan-harapan palsu. Malah, pesakit haruslah dimaklumkan akan kesan sampingan serta darjah ketidaksempurnaan hasil daripada menjalani pembedahan, kemoterapi ataupun radioterapi.

INFO:
Berdasarkan bukti dari testimoni-testimoni kami, FIRMAX3 sangat membantu dalam ikhtiar rawatan PELBAGAI JENIS KANSER, termasuk Kanser Payudara. Maklumat lanjut atau pesanan produk, SILA KLIK UNTUK MEMESAN

CARA PENGGUNAAN FIRMAX KE PAYUDARA

 

INI ADALAH CANCER PEMBUNUH NOMBOR SATU WANITA MALAYSIA