Koleksiminda, sebuah syarikat yang dilantik menjadi Penasihat Pendidikan (Education Advisor) khususnya menjadi Penasihat Pendidikan Lanjutan Kemasukan ke KPJ University College, Malaysia. And boleh melayari laman induk kami di KOLEKSIMINDA untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Di Laman ini, KACAKSYSTEM adalah singkatan kepada Koleksiminda Advance Career And Knowledge System (yang kami namakan KACAK) dibina bagi tujuan memberi panduan awal kepada calon atau klien kami untuk mengenalpasti potensi diri melalui ujian-ujian psikologi atas talian yang kami sediakan.

Hasrat kami adalah untuk mula mempelopori keberkesanan Ujian-Ujian Psikometrik dalam memberi gambaran, panduan dan seterusnya perancangan kepada klien kami dalam:-

  1. Mengenalpasti Minat Kerjaya sendiri yang sebenar berdasarkan Ujian Inventori Minat Kerjaya yang kami sediakan.
  2. Mengenalpasti ketekalan kerjaya sendiri melalui Ujian Inventori Kemahiran Kerjaya
  3. memberi peluang klien melakukan Ujian Inventori Tret Personaliti yang boleh memberi gambaran untuk membuat tindakan penyesuaian dan merubah personaliti.
  4. Menentupasti perancangan pencapaian prestsi akademik dalam SPM yang menjurus kepada tahap ranking tinggi dalam sistem Meritokrasi ke Universiti Awam.
  5. Memberi peluang individu mengukur sendiri tahap stres melalui Ujian DASS

 

PERKHIDMATAN KHAS

  1. Membekalkan Sistem Pengurusan Kaunseling Bersepadu yang diberi nama DEKS kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang berminat.
  2. Memberi panduan dan melatih kaunselor secara online bagaimana menggunakan sistem tersebut.
  3. Akan dibuka mengikut keperluan dan pertanyaan oleh Kaunselor.

  4. Pertanyaan sila email ke koleksiminda@gmail.com