Soal – Jawab

Salam sejahtera!

Anda dijemput masuk ke halaman ini kerana kami ingin menerangkan beberapa perkara mengenai peluang belajar di KPJ University College.

Selesai sahaja anda membaca halaman ini, anda akan diberi pautan (link) untuk meneliti ;

  1. Kursus-kursus Ditawarkan
  2. Ringkasan Kursus
  3. Syarat Kemasukan
  4. Yuran Pengajian
  5. Panduan Kemasukan
  6. Borang Permohonan Online
  7. Dan Lain-lain Maklumat

Sebelum itu, anda dialukan untuk terus membaca soal jawab yang ingin saya kongsi di bawah ini,

APAKAH KURSUS YANG DITAWARKAN ?

  • Diploma
    • Kejururawatan (Nursing),
    • Fisioterapi (Physiotherapy),
    • Farmasi (Pharmacy),
    • Pengimejan Perubatan (Medical Imaging),
    • Pengurusan Rekod Kesihatan (Health Information Management),
    • Pengurusan Penjagaan Kesihatan (Healthcare Management)
    • Pembantu Bilik Bedah (Operating Room Assistant),
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education)
  • Asasi (Foundation)
    • Sains
  • Ijazah (Bachelor)
    • Kejururawatan (Nursing),
    • Fisioterapi (Physiotherapy),
    • Farmasi (Pharmacy),
    • Sains Farmaseutikal dengan Sains Kesihatan (Pharmaceutical Science with Health Sciences)
    • Pengimejan Perubatan (Medical Imaging),
    • Psikologi (Psychology),
    • Terapi Pekerjaan (Occupational Therapy),
    • Pengurusan Perniagaan (Business Management)


ADAKAH ANDA LAYAK ?

Sila rujuk syarat kelayakan dalam setiap halaman perincian kursus.

BILAKAH SESI PENGAMBILAN?

  • Diploma
    • Januari (Interim)
    • Mac
    • Julai (Interim)
    • September
  • Asasi
    • Mac
    • Julai
    • September
  • Ijazah
    • Mac
    • September

DI MANA HENDAK MEMOHON ?

Permohonan dibuka sepanjang tahun di halaman Koleksiminda.

BERAPA LAMA AKAN DAPAT KEPUTUSAN ?

Proses ini bergantung kepada pegawai yang mengurus proses verifikasi terhadap permohonan anda. Dijangkakan anda akan mula mendapat surat tawaran SEBULAN SEBELUM TARIKH KEMASUKAN.

Pemohon boleh menyemak nama di pautan di bawah dari semasa ke semasa

JIKA GAGAL ?

JIKA LULUS DAN MENDAPAT SURAT TAWARAN ?

Nama anda akan dimuatnaik di pautan di bawah dan Surat tawaran akan diemail kepada anda. Sila semak juga dalam spam folder email anda. Pastikan alamat email anda adalah benar dan aktif. Jika surat tawaran tidak dihantar ke email anda tetapi nama anda sudah dimuatnaik, sila Whatsapp kepada Admin Anna di +6011 1144 6682.

BOLEHKAH MEMBUAT RAYUAN ?

Pihak KPJUC menggunakan sistem pemilihan dengan tapisan. Jika gagal memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh MQA, maka ia akan gagal.

JIKA PERNAH MEMOHON, BAGAIMANA UNTUK MEMOHON SEMULA ?

Jika pernah memohon, sila hubungi Admin Anna di +6011 1144 6682  melalui Mesej atau Whatsapp dengan menaip ‘Saya ingin memperbaharui surat tawaran untuk [Nama Penuh anda] bagi kemasukan [Sesi Pengambilan].

KENAPA LEBIH BAIK MEMOHON MELALUI KOLEKSIMINDA?

Pegawai-pegawai koleksiminda akan maklum kepada anda melalui Mesej atau Whatsapp, boleh berbincang dan memberi maklumat status permohonan dan surat tawaran 24 jam.

JIKA DITAWARKAN, APA PERLU ANDA BUAT ?

  1. Buka email dan muat turun fail utama iaitu Surat Tawaran
  2. Muat turun Panduan Kemasukan (Admission Guidelines) dari pautan yang dinyatakan dalam Surat Tawaran tersebut.
  3. Cetak Surat Tawaran dan ada Borang Penerimaan (Letter of Acceptance) bersamanya.
  4. Cetak Borang Maklumat Pelajar dan Borang Medical Examination Report yang ada di dalam Panduan Kemasukan (Admission Guidelines).
  5. Lengkapkan Borang Penerimaan (Letter of Acceptance),
    • Tandakan Tick () pada ruang ‘Accept’ jika terima tawaran dan akan hadir mendaftar,
    • Tandakan Tick () pada ruang ‘Reject’ jika menolak tawaran tersebut.
    • PENTING – Email Borang Penerimaan (Letter of Acceptance) ke link yang dinyatakan pada nota kaki dalam surat tawaran dan ke koleksiminda@gmail.com.
  6. Lengkapkan borang Medical Examination Report dan buat medical check-up samada di Hospital KPJ, Hospital Kerajaan atau Klinik Kesihatan sahaja. Yuran medical check-up di atas tanggungan sendiri.

BERAPA YURAN KEMASUKAN KE KPJUC ?

TIADA sebarang yuran kemasukan dikenakan oleh KPJUC. Hanya Students Activity Fee iaitu bayaran sekali sahaja sebanyak RM50 (Foundation), RM90 (Diploma/Ijazah) perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran.

BAGAIMANA PENGINAPAN ?

Pelajar lelaki dan perempuan diberi penginapan di dalam kampus secara percuma bagi pelajar Foundation dan Diploma. Manakala, penginapan percuma bagi tahun pertama pembelajaran sahaja untuk pelajar Ijazah. Asrama pelajar lelaki dan perempuan diletakkan secara berasingan.

PERATURAN BERPAKAIAN ?

Pakaian haruslah sentiasa kemas dan tidak menjolok mata. Lain-lain pakaian beruniform bergantung kepada arahan semasa jabatan masing-masing.

TATAKELAKUAN DAN PERSONALITI ?

Kod etika perlakuan harian, kehadiran kelas dan praktikal adalah menjadi komponen dalam penilaian setiap pelajar yang mesti dipatuhi.

KEMUDAHAN DI HOSTEL ?

Katil, tilam, meja, kerusi dan almari disediakan. Yang lain perlu disediakan oleh pelajar. Terdapat perkhidmatan dobi berbayar di hostel.

BAGAIMANA JIKA INGIN MENUKAR KURSUS ?

Menukar kursus dibenarkan tetapi tidak digalakkan serta memerlukan kelulusan dari Dekan. Anda perlu melihat peraturan dan panduan di dalam Panduan Kemasukan (Admission Guidelines).

BAGAIMANA DENGAN ORIENTASI ?

Akan diadakan pada minggu pertama pada setiap sesi kemasukan, sehari selepas hari pendaftaran dan kehadiran adalah wajib. Taklimat berkaitan akademik dan lain-lain akan diberikan sepanjang minggu orientasi.

PINJAMAN PTPTN ?

  1. Buka akaun simpanan di Bank Islam
  2. Buka SSPN Prime Account
  3. Daftar masuk ke Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime
  4. Isi semua butiran dengan merujuk kepada Panduan Kemasukan (Admission Guidelines).
  5. Beli Nombor Pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional (walk-in) atau di Portal PTPTN
  6. Berhubung dengan Madam Anis Aziela di talian 0138482417 jika anda menghadapi kesukaran mengisi borang permohonan PTPTN.

PENTING – Pastikan akan mempunyai semua dokumen diri, ibu dan bapa serta slip gaji/penyata pendapatan atau pengesahan pendapatan ibu bapa anda.

BERAPA LAMA BARU DAPAT PTPTN?

Kebiasaannya mengambil masa 3 bulan. Bergantung kepada pihak PTPTN dan juga menyerahkan dokumen yang lengkap adalah amat penting.

BAGAIMANA JIKA PTPTN TIDAK MENCUKUPI UNTUK YURAN PENGAJIAN?

Anda/Ibu bapa perlu berbincang dengan pihak universiti untuk ‘top-up’ baki bayaran tersebut.

Penggunaan KWSP atau lain-lain sumber adalah digalakkan. Pihak universiti akan mengeluarkan surat pengesahan untuk tujuan kegunaan tersebut.

PELUANG KERJAYA?

Kebiasaannya pelajar berpeluang bekerja dengan Hospital KPJ apabila tamat pengajian tetapi tidak secara otomatik.

  • Proses permohonan dan temuduga biasa akan dilakukan.
  • Pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah juga akan dinilai.
  • Selain itu, pelajar juga boleh memohon pekerjaan di syarikat atau institusi lain.

Hubungi Admin Anna di +6011 1144 6682 jika ada sebarang pertanyaan lain.

Terima kasih.

× Whatsapp