Syarat-Syarat Tawaran Kemasukan

2.1 Penginapan Semasa Pendaftaran
 
KPJUC ada membuat perjanjian dengan beberapa hotel sekitar kampus khas untuk kemudahan pelajar yang ingin 
mendaftar. Hubungi Puan Nora Yahya ditalian 012-3402947 / 03-8706 0818 atau email di nora@gloryhall.com.my 
untuk membuat tempahan. Sila nyatakan “PENDAFTARAN DI KPJ HEALTHCARE UNIVERSITY COLLEGE, 
NILAI” semasa membuat tempahan untuk mendapatkan kadar khas (Special Rate).
 
8.0 PENGINAPAN ASRAMA
 
i. Mahasiswa/i akan diberi penginapan asrama yang terbahagi kepada dua:-
- Penginapan semasa teori
- Penginapan semasa praktikal (sepanjang tempoh pengajian)
 
ii. Bagi penginapan semasa teori, mahasiswa/i sarjana muda hanya diberi kemudahan penginapan penuh pada 
tahun pertama sahaja. Bagi tahun-tahun berikutnya penginapan mahasiswa/i adalah bergantung kepada
pencapaian akademik, penyertaan aktiviti kolej, pencapaian latihan di hospital dan tingkahlaku disiplin. Ini 
adalah tertakluk kepada kekosongan penginapan dan perubahan polisi penempatan oleh pihak KPJUC. Bagi
pelajar Diploma dan Foundation, penginapan disediakan sepanjang tahun belajar.
 
iii. Semua urusan pembahagian bilik akan ditentukan semasa hari pendaftaran
 
iv. Kemudahan katil, almari, meja dan kerusi belajar disediakan.
 
v. Mahasiswa/i WAJIB membawa bantal, sarung bantal, selimut, cadar (warna adalah bebas) dan 
    keperluan 
peribadi yang lain.
 
vi. Kenderaan dibenarkan dan Pas Kenderaan WAJIB diperoleh.
 
vii. Memasak tidak dibenarkan di kawasan asrama demi keselamatan dan keselesaan semua penghuni.
 
viii. Rujuk peraturan asrama dari masa ke masa.
 
HOSTEL
 
  
HOSTEL SISWI
 
 HOSTEL SISWA