SOAL JAWAB
 

Anda dibawa masuk ke page ini kerana kami ingin menerangkan beberapa perkara

 mengenai peluang belajar di KPJ University College.

 

Selesai sahaja anda membaca page ini, anda akan diberi pautan (link) untuk meneliti:-

 

Kursus-kursus ditawarkan Ringkasan Kursus Syarat Kemasukan Yuran Pengajian Panduan kemasukan dan lain-lain maklumat Borang Permohonan Online

 

NAMUN, anda perlu terus membaca maklumat yang ingin saya kongsi di bawah ini.

 

Apakah Kursus Yang Ditawarkan?

Diploma

Kejururawatan, Fisioterapi, Farmasi, Pengimejan Perubatan, Pengurusan Rekod, Operasi Dewan Bedah. Asasi Sains

 

Ijazah

Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Pengimejan Perubatan, Psikologi, Perniagaan, Komunikasi Korporat dan Terapi Pekerjaan.

 

Adakah Anda Layak?

Sila lihat syarat-syarat kemasukan yang diberikan dalam setiap page perincian kursus.

 

Bila Pengambilan di buat?

Setiap Februari/Mac Setiap Jun/Julai Setiap September

 

Di mana Hendak Memohon?

Permohonan sentiasa dibuka di halaman Koleksiminda 

 

Berapa Laman Dapat Keputusan?

Bergantung kepada berapa cepat pegawai meluluskan. Biasanya 2 minggu selepas permohonan.

 

 

Jika, gagal?

Pemohon akan dimaklumkan melalui email. Sila semak email anda termasuk dalam spam/junk folder.

 

Jika Lulus dan Mendapat Surat Tawaran?

Nama anda akan dimuatnaik di SINI dan Surat Tawaran akan di email ke email anda. Semak juga dalam spam folder. Pastikan email anda adalah benar dan boleh digunakan.

 

Bolehkah Merayu?

KPJ menggunakan sistem pemilihan. Jika gagal memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh MQA maka ia akan gagal.

 

Jika pernah memohon, bagaimana untuk memohon semula?

Jika pernah memohon, sila hubungi nombor ini 0129026198 atau 0173924460 melalui Whatapps atau Mesej, tulis nama penuh anda dan nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan surat tawaran baru.

 

Kenapa Lebih Baik memohon Melalui KOLEKSIMINDA? Pegawai-pegawai koleksiminda akan maklumkan kepada anda melalui Mesej/Whatapp, boleh berbincang dan memberi maklumat status permohonan dan surat tawaran 24 jam.

 

Jika ditawarkan, apa perlu anda buat?

Buka email dan muatturun 2 fail utama- Surat Tawaran dan Panduan Kemasukan. Cetak Surat Tawaran dan ada BORANG PENERIMAAN bersamanya. Cetak borang-borang Biodata Pelajar, Borang PTPTN, Borang Medical Check-up yang ada di dalam Panduan Kemasukan. Lengkapkan Borang Penerimaan, tick hadir jika hadir, tick tolak, jika tolak. Email borang penerimaan ke accept@kpjuc.edu.my dan ke koleksiminda@gmail.com Lengkapkan borang Medical Check-up dan buat medical check-up samada di Hospital KPJ atau Hospital Kerajaan sahaja.

 

Berapa Yuran Kemasukan? 

RM 500 sahaja- Sila buat bayaran melalui Bank Draf atau bank-in ke akaun KPJUC. Maklumat akaun diberi dalam bahagian Panduan Kemasukan.

 

Bagaimana penginapan?

Pelajar lelaki dan perempuan diberi penginapan di dalam kampus, percuma. Terdapat asrama lelaki dan wanita yang berasingan.

 

Peraturan Berpakaian?

Pakaian mesti menutup aurat dan tidak menjolok mata. lain-lain pakaian uniform bergantung kepada arahan semasa jabatan masing-masing.

 

Tatakelakuan dan personaliti?

Kod etika perlakuan harian dan kehadiran kelas dan praktikal adalah menjadi komponen dalam penilaian setiap pelajar yang mesti dipatuhi.

 

Kemudahan Hostel?

Katil, tilam, meja, kerusi dan almari disediakan. Yang lain disediakan oleh pelajar. Terdapat perkhidmatan dobi berbayar di hostel.

 

Bagaimana jika ingin menukar kursus?

Menukar kursus dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Anda perlu melihat peraturan dan panduan di dalam Panduan Kemasukan.

 

Bagaimana Orientasi?

Akan diadakan pada minggu pertama sehari selepas pendaftaran. ianya wajib hadir Taklimat akademik dan lain-lain diberikan.

 

Pinjaman PTPTN?

Sila pastikan anda mempunyai akaun SSPN PIN PTPTN dibeli semasa di kolej dalam minggu orientasi. Permohonan dibuat secara BERKELOMPOK di Kolej dengan bimbingan Pegawai. Pastikan akan mempunyai semua dokumen diri, ibu dan bapa serta slip gaji/penyata pendapatan atau pengesahan pendapatan.

 

Berapa lama baru dapat PTPTN?

 

Biasanya 3 bulan. Bergantung kepada PTPTN dan dokumen yang lengkap atau tiada masalah.

 

Bagaimana jika PTPTN tidak mencukupi untuk Yuran Pengajian? 


Anda/ibu bapa perlu berbincang dengan kolej untuk ‘top-up’ baki bayaran tersebut. Penggunaan KWSP atau lain-lain sumber digalakkan. Kolej akan mengeluarkan surat pengesahan untuk kegunaan bagi tujuan tersebut.

 

Peluang Kerjaya? 

Biasanya pelajar berpeluang bekerja dengan Hospital KPJ apabila tamat pengajian tetapi tidak secara oromatik. Proses permohonan dan temuduga biasa akan dilakukan. Pelajar juga boleh memohon kerja di tempat lain. 


1.0 LAPORAN KESIHATAN (Medical Report)

 

Mahasiswa/i KPJUC hendaklah bersedia daripada segi kesihatan untuk belajar dalam bidang penjagaan kesihatan ini. Pemeriksaan kesihatan DIWAJIBKAN dan boleh di buat di semua hospital KPJ seluruh Negara. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar boleh juga membuat pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital atau klinik-klinik kerajaan (namun tempoh pemeriksaan mungkin memakan masa sehingga sebulan). Gunakan borang “Medical Screening Form” yang disertakan.

 

Bawa Laporan Pemeriksaan Doktor bagi yang telah membuat pemeriksaan kesihatan. Kos pemeriksaan ditanggung sepenuhnya oleh mahasiswa/i. KPJUC berhak membatalkan tawaran kemasukan pelajar sekiranya laporan kesihatan tidak disokong oleh Doktor Panel dan keputusan akhir ini adalah muktamad.


2.0 PENDAFTARAN

 

Tarikh pendaftaran seperti dinyatakan di dalam Surat Tawaran. Sekiranya tawaran diterima selepas tarikh pendaftaran hubungi Department of Admission and Financial Aid, KPJUC di talian 06 794 2692. Pendaftaran ini hanya sah bagi pendaftaran sesi kemasukan seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran pengajian sahaja. Lengkapkan semua borang yang diberikan kepada mahasiswa/i sebelum mendaftar.

 

Hubungi Department of Admission and Financial Aid di talian 06 794 2692 bagi Pendaftaran Lewat dari tarikh pendaftaran disertakan dengan alasan yang kukuh.


2.1 Penginapan Semasa Pendaftaran

 

KPJUC ada membuat perjanjian dengan beberapa hotel sekitar kampus khas untuk kemudahan pelajar yang ingin mendaftar. Hubungi Puan Nora Yahya ditalian 012-3402947 / 03-8706 0818 atau email di nora@gloryhall.com.my untuk membuat tempahan. Sila nyatakan “PENDAFTARAN DI KPJ HEALTHCARE UNIVERSITY COLLEGE, NILAI” semasa membuat tempahan untuk mendapatkan kadar khas (Special Rate).


3.1 Yuran Pendaftaran

 

a. Yuran Pendaftaran sebanyak RM500.00 hendaklah dibuat SEBELUM Hari Pendaftaran.

 

b. Bawa Slip/Bukti Pembayaran sekali dengan dokumen “checklist” sebagai bukti pembayaran. Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian hendaklah dikreditkan terus ke akaun semasa KPJUC di bank-bank CIMB Berhad secara

 

Bank Deraf.

 

c. KPJUC tidak menerima bayaran melalui cek sama ada cek persendirian atau syarikat.

 

d. Nama akaun : PUTERI NURSING COLLEGE SDN. BHD.

 

Nombor akaun : 80-02306-141

 

e. Yuran Pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya mahasiswa/i menarik diri daripada meneruskan pengajian.

 

3.2 Yuran Pengajian

 

a. Yuran Pengajian perlu dijelaskan sebelum setiap semester baru bermula.

 

b. Bagi Yuran Pengajian mahasiswa/i perlu mengemukakan slip pembayaran dalam masa 3 hari selepas bayaran dibuat melalui faks, atau imbas-e-mel (scan e-mail) kepada acckpjic@gmail.com. Akaun mahasiswa/i hanya akan dikemaskini setelah bukti pembayaran ini diterima.

 

c. Resit pembayaran dikeluarkan sekiranya bank deraf atau deposit telah dimasukkan ke akaun KPJUC dan atau slip pembayaran bank telah dikemukakan kepada Jabatan Kewangan. Sila simpan resit sepanjang tempoh pengajian sebagai bukti. Nama dan nombor akaun sama seperti di atas.

 

3.3 Polisi Bahagian Kewangan

 

a. Bagi bakal pemegang pinjaman PTPTN, mahasiswa/i akan diwajibkan untuk membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad dan sentiasa memastikannya aktif mengikut peraturan bank. Sebarang perubahan nombor akaun perlu dimaklumkan ke Jabatan Kewangan untuk mengelakkan sebarang masalah pembayaran kelak.

 

b. Pelajar perlu mengemaskini status penajaan/penganjuran pelajaran dengan mengemukakan surat tawaran daripada pihak penaja/penganjur kepada Jabatan Kewangan.

 

c. Bagi semua penajaan/penganjuran termasuk PTPTN yang telah dikreditkan ke akaun pelajar, sila lakukan segera pembayaran yuran dalam masa 14 hari bermula dari tarikh amaun dikreditkan oleh penganjur.

 

d. Mahasiswa/i hendaklah memberi kuasa kepada Bahagian Kewangan, KPJUC untuk mendebitkan akaun bank sekiranya bayaran telah diterima daripada pihak PTPTN.

 

e. Pelajar bertanggungjawab mengembalikan semula dengan segera apa jua pembayaran jika tidak layak untuk mendapatnya atau menolak tawaran penganjur. Kegagalan memulangkan bayaran seperti yang dikehendaki membolehkan pihak KPJUC mengambil tindakan ke atas pelajar atau penjamin.

 

f. Sekiranya mahasiswa/i mendapat tawaran dari PTPTN dan kemudian mendapat tajaan daripada pihak hospital (KPJ atau luar), amaun lebihan tidak akan dipulangkan kepada mahasiswa/i sebaliknya akan dipulangkan kepada PTPTN setelah mahasiswa/i telah tamat pengajian dan segala akaun telah dikemaskini dan bayaran telah diterima daripada pihak penganjur/penaja.

 

g. Kegagalan menjelaskan yuran boleh menghalang mahasiswa/i daripada menduduki peperiksaan di semester terbabit. Kesukaran lain termasuk digantung pengajian dan tindakan undang-undang.


h. Bayaran-bayaran lain yang tidak termasuk dalam yuran pengajian:

 

i.

Yuran Student Activities

: RM90.00 untuk sepanjang pengajian

ii.

Menduduki semula peperiksaan

: RM50.00 setiap modul

iii.

Percetakan semula transkrip peperiksaan

: RM50.00 setiap transkrip

iv.

Pengesahan salinan transkrip

: RM100.00

v.

Percetakan semula resit pembayaran

: RM5.00 setiap resit

vi.

Yuran pengulangan semester

: mengikut jumlah yuran semester terbabit

 

i. Tindakan yang akan dikenakan bagi yuran tertunggak;

 

i. Ditahan daripada mengikuti kuliah/praktikal

 

ii. Ditahan daripada membuat pendaftaran bagi modul yang baru

iii. Ditahan daripada menduduki peperiksaan

iv. Digantung pengajian atau diberhentikan pengajian

 

v. Tindakan undang-undang

 

Sila sentiasa berhubung dengan pihak Finance Department untuk membuat bayaran ansuran.

 

4.0 PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN

 

Pertukaran program pengajian dibenarkan. Syarat-syaratnya;

 

i. Permohonan dibuat di Department of Admission and Financial Aid menggunakan borang “Change of Programme Form”

 

ii. Memenuhi syarat kemasukan program pengajian yang dipohon

 

iii. Kelulusan hanya diberikan selepas mendapat kebenaran bertulis dari Dekan Pusat Pengajian asal dengan sokongan Penyelaras Program dan Dekan Pusat Pengajian yang disasarkan.

 

iv. Menggunakan Borang Pertukaran Program. Borang boleh didapati di Dept. of Admission and Financial Aid.

v. Caj pengurusan RM250.00 dikenakan sekiranya pertukaran dibuat sebulan selepas mendaftar.

 

5.0 PENARIKAN DIRI SELEPAS MENDAFTAR

 

i. Permohonan adalah secara bertulis.

 

ii. Menggunakan Borang Berhenti (Withdrawal Form). Borang boleh didapati di Department of Admission and Financial Aid.

 

iii. Mahasiswa/i dinasihatkan berjumpa dengan Dekan/Penyelaras Program terlebih dahulu sebelum mengisi Borang Berhenti. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

 

iv. Mahasiswa/i WAJIB menyelesaikan yuran tertunggak sekiranya ada di Jabatan Kewangan.

 

6.0 BANTUAN KEWANGAN

 

i. Unit Bantuan Kewangan dan Pinjaman KPJUC bersedia membantu pelajar menguruskan pinjaman pelajaran mahasiswa/i selepas sesi pendaftaran. Satu taklimat akan diberikan kepada mahasiswa/i berkaitan dengan pinjaman pelajaran semasa minggu orientasi. Pinjaman yang diuruskan oleh pihak KPJUC ialah Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

ii. Bagi pelajar antarabangsa TIADA pinjaman pengajian disediakan

 

 

 

Syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN

 

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia

 

2. Pemohon mestilah mengikuti program sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah pertama IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

 

3. Tidak mempunyai tunggakan pembiayaan Pendidikan PTPTN dan Pemohon tidak menerima penajaan lain dalam satu-satu masa.

 

4. Pemohon wajib membuka akaun SSPN sebelum membuat permohonan di mana-mana cawangan MAYBANK, Bank Islam Malaysia, UTC dan pejabat-pejabat PTPTN.

 

5. Membeli no. pin PTPTN di Bank Simpanan Nasional BSN yang berharga RM5.00.

6. Membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di mana-mana cawangan terdekat.

 

Cara Memohon PTPTN

 

i. Permohonan secara atas talian (online). Senarai semak adalah seperti dalam Lampiran Borang PTPTN.

 

ii. Hendaklah dilakukan selepas mendaftar di KPJUC untuk mengelakkan kesilapan. Kesilapan memungkinkan permohonan ditolak.

 

Lain-lain Bantuan Kewangan

 

i. Pihak KPJUC bersedia membantu mahasiswa/i dalam memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi atau agensi yang ada menawarkan bantuan.

 

ii. Walaupun begitu, urusan yang terbabit dengan pihak pemberi bantuan hendaklah diuruskan oleh mahasiswa/i sendiri. KPJUC tiada masalah untuk membantu dalam pengesahan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

 

iii. Pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) oleh penjaga.

iv. Yayasan-yayasan Negeri

v. Bantuan Zakat/Baitulmal negeri

vi. Yayasan Kuok

 

vii. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

 

Peluang Penajaan oleh Rangkaian Hospital KPJ

 

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di sini berpeluang mendapat tajaan (separuh atau penuh) pengajian daripada Rangkaian Hospital KPJ yang ada di seluruh Malaysia. Syarat-syaratnya;

 

i. Menggunakan keputusan peperiksaan bagi tahun pertama (Semester 1 dan Semester 2)

 

ii. Memperolehi keputusan GPA 3.0 dan ke atas.

iii. Tiada rekod disiplin sepanjang tempoh tiga (3) tahun pengajian DAN

iv. Keputusan tajaan adalah bergantung penuh kepada pihak Hospital.

 

Sekiranya berjaya dalam sesi temuduga, pelajar akan terikat dengan kontrak perjanjian dan pekerjaan dengan hospital yang menaja. Syarat-syarat di atas juga sentiasa berubah dari masa ke masa.

 

7.0 INSURAN

 

KPJ Healthcare University College menyediakan insuran kepada pelajar. Premium perlindungan adalah sebanyak RM10,000 setiap tahun dan tidak melibatkan kes-kes pesakit luar atau kes-kes rawatan susulan. Ia bertujuan melindungi pelajar bagi kes yang melibatkan kecemasan seperti kemalangan. Insuran ini boleh digunakan di mana-mana rangkaian hospital swasta di Malaysia. Hospital KPJ akan diberikan keutamaan.

 

 

8.0 PENGINAPAN ASRAMA

 

i. Mahasiswa/i akan diberi penginapan asrama yang terbahagi kepada dua:-

 

Penginapan semasa teori

Penginapan semasa praktikal (sepanjang tempoh pengajian)

 

ii. Bagi penginapan semasa teori, mahasiswa/i sarjana muda hanya diberi kemudahan penginapan penuh pada tahun pertama sahaja. Bagi tahun-tahun berikutnya penginapan mahasiswa/i adalah bergantung kepada pencapaian akademik, penyertaan aktiviti kolej, pencapaian latihan di hospital dan tingkahlaku disiplin. Ini adalah tertakluk kepada kekosongan penginapan dan perubahan polisi penempatan oleh pihak KPJUC. Bagi pelajar Diploma dan Foundation, penginapan disediakan sepanjang tahun belajar.

 

iii. Semua urusan pembahagian bilik akan ditentukan semasa hari pendaftaran

iv. Kemudahan katil, almari, meja dan kerusi belajar disediakan.

v. Mahasiswa/i WAJIB membawa bantal, sarung bantal, selimut, cadar (warna adalah bebas) dan keperluan peribadi yang lain.

 

vi. Kenderaan dibenarkan dan Pas Kenderaan WAJIB diperoleh.

vii. Memasak tidak dibenarkan di kawasan asrama demi keselamatan dan keselesaan semua penghuni.

viii. Rujuk peraturan asrama dari masa ke masa.

 

9.0 MINGGU ORIENTASI

 

Mahasiswa/i WAJIB mengikuti Minggu Orientasi (MO) yang diadakan selepas pendaftaran.

 

Garispanduan Pakaian

 

Mahasiswa                   

 

Hendaklah membawa kemeja lengan panjang/pendek, seluar panjang (slack), tali leher, pakaian sukan (lengan pendek dan berkolar) dan sepasang kasut sukan serta sarung kaki dan lain-lain keperluan peribadi.


Mahasiswi

Hendaklah membawa baju kurung, tudung (bagi yang Muslim, selendang tidak dibenarkan), pakaian sukan (lengan panjang) dan sarung kaki (wanita) sepasang kasut sukan serta sarung kaki dan lain-lain keperluan peribadi.


Nota: Semua pakaian hendaklah sopan.

 

10.0 KOD ETIKA BERPAKAIAN

 

Pakaian Seragam

 

Jurusan tertentu sahaja akan dibekalkan 2 pasang pakaian seragam dan untuk tahun pertama sahaja. Pakaian ini WAJIB dipakai oleh mahasiswa/i ketika menjalani praktikal. Untuk tahun berikutnya, mahasiswa boleh menempah di Department of Puchasing dengan kos.

 

Mahasiswa

 

Kemeja lengan panjang/pendek Tidak bertopi.

 

Seluar panjang (slack). Berkasut dan berstoking.

Berambut pendek dan kemas.

 

Pakaian sukan yang sesuai semasa aktiviti sukan atau rekreasi.

 

 

 

Mahasiswi

 

Baju kurung dan bertudung litup. Berkasut

 

Tidak ketat dan sopan. Solekan sederhana.

 

Aksesori sederhana dan rambut kemas rapi diikat.

 

11.0 TINGKAH LAKU MAHASISWA/I

 

i. Hormat-menghormati dan bersikap kasih sayang merupakan tradisi ilmu bagi bidang penjagaan kesihatan dan telah dipatuhi oleh generasi KPJ Healthcare Berhad sejak penubuhannya. Sangat jarang berlaku pergaduhan dan tindakan disiplin di Universiti. Semua pelajar baru perlulah menjaga rekod bersih Universiti.

ii. Bidang ini juga sentiasa menitik beratkan sifat saling percaya mempercayai dan menjaga nama baik KPJUC termasuk menjaga semua kemudahan yang disediakan.

 

HAK MENARIK SEMULA TAWARAN PENGAJIAN

 

Kolej Universiti KPJ Healthcare berhak menarik semula/membatalkan sesuatu tawaran pengajian atau menyingkirkan seseorang pelajar pada bila-bila masa jika pada satu-satu masa sepanjang tempoh pengajian didapati kenyataan dan maklumat yang diberi dalam permohonan adalah palsu/melanggar mana-mana peraturan, tidak memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kolej Universiti atau sekiranya berlaku kesilapan di dalam penawaran program dari pihak KPJUC.

 

Please print this checklist, complete all the required documents and bring during the Registration Day.

 

DOCUMENT CHECKLIST FOR ENROLMENT REGISTRATION

 

Attachment

1. Letter of Acceptance (with this offer letter)

2. Student Personal Data Form (with photo)

 

3. Financial Aid Acknowledgement Form

4. Medical Examination Report (with photo)(if hospital released the report to the student)

 

Supporting documents

 

1. 1 copy of “Offer Letter” (all pages must be copied)

2. 1 copy of prove of payment of Registration Fee of RM500.00

 

3. 3 pieces of passport size photo (write your name and programme at the back page)

4. 1 copy of student’s IC (not applicable to International students)

5. 1 copy of both parents IC

6. 1 copy of Master/Bachelor/STPM/Foundation/Matriculation/SPM

(All academic performance copies MUST be Certified True Copy and SPM result must be certified true copy by the former School Principal/Assistant Principal/Senior Teachers.

 

7. 1 copy of “Surat Berhenti Sekolah”


Hubungi  0129026198  jika ada pertanyaan lain. Terima kasih