Saya Tidak Mengejar Duit

Salam Sejahtera, Sebenarnya ramai orang tidak suka bicarakan perkara ini. Persepsi yang negatif akan timbul apabila orang berkata…

” Bila awak ada wang, awak kaya, awak boleh cakaplah awak tidak mengejar wang, (im not chasing the money) tetapi semua orang mengejar duit setiap masa, termasuk saya”.

Ini persepsi. Saya juga berpuluh-puluh tahun mengejar wang. Setiap hari, nampak ada saja disebut orang perkara yang mendatangkan wang, saya terkejar-kejar untuk mendapatkannya.

Saya menulis ini selepas membaca komentar-komentar netizen tentang ‘duit raya’. Heboh. Kecoh pasal duit raya.

” Wajib ke kita bagi duit raya?.

Duit orang yang dipertikaikan orang. Bukan duit kita. Orang nak bagi itu pun dah cukup bersyukur. Berterima kasihlah lah kepada yang memberi itu.

Kita lihat pemberian RM5 itu terlalu kecil kerana orang itu rumahnya banglo, keretanya BMW dan pendapatannya juta-juta, lalu kita pun mengutuklah kerana ia memberi kita RM5.00 sahaja.

Pernahkah kita terfikir, orang ke, saudara ke yang beri RM 5.00 kepada kita itu telah memberi nilai yang sama juga kepada 999 orang lagi..???.

Berapa banyak yang ia laburkan tanpa sedikit pun meminta dengan kita. Adakah dia mahu pelaburan pahalanya itu diminta untuk di rakam dan masuk TV atau Facebook?. Tentu tidak. Dia berbakti dengan ikhlas. ” Laba sedikit dikongsikan, laba banyak di agihkan”.

Bukan tamak seperti kita. Kerana itu, kita perlu mempunyai beberapa prinsip tentang wang.

Pertama: 

Janganlah terlalu beremosi dengan wang. Emosi yang melampau menjadikan kita orang yang taksub dengan wang yang akan menghancurkan kita juga.

Kedua:

Janganlah menjadi hamba wang. Melihat wang itu seperti tuan besar dan kita sanggup menjadi hamba, melutut, meminta, menyembah sehingga hilang harga diri. Sedangkan jika itu bukan rezeki kita, ia tidak akan menjadi milik kita.

Ketiga:

Usahlah memaparkan kebodohan kita dengan wang. Kita manusia biasanya akan menjadi kurang rasional dengan wang. Tularan media sudah membuktikan kebodohan kita bila berhadapan dengan wang. Kita sanggup mengaibkan pemberi semata-mata untuk meraskan kita sudah puas hari.

Hukum ‘what you give, you will get back” atau balasan akan segera hadir. Kebodohan menjadikan anda memalukan diri sendiri.

Keempat:

Anda perlu mencipta sesuatu yang bernilai dari wang itu, bukan menggunakan semata-mata.

Jika anda mendapat RM 5.00 ringgit, anda boleh GANDAKAN ia menjadi RM35.00 pada NILAI ALLAH TAALA atau lebih dari itu. Pahala dapat, dosa terhindar.

Itulah, saya mungkin tidak berbuat demikian, tetapi dalam hati pemberi itu, dia telah memanggil wang, memanggil rezekinya dari sedekahnya.

Kita:??

Terima kasih