“Impian Tidak Berfungsi Kecuali Anda Lakukan”

IMPIAN HANYA TERHASIL DENGAN GERAKKERJA
=========================================
Semasa menyampaikan pesanan ini pagi tadi, saya tekankan bahawa…
1. Setiap orang itu, termasuk kamu mempunyai ‘angan-angan’ untuk dicapai. Seperti peserta gambarkan, ada yang ingin menjadi usahawan memiliki kereta mewah, ada yg ingin jadi Guru Bahasa Inggeris, Ada yang ingin jadi Pakar Animasi atau Cartoon Editor. 


Semua itu adalah ‘dreams’, angan-angan, atau cita-cita. 
Akan tetapi, seperti tertera di dalam foto di atas bahawa angan-angan, atau sebut saja apa yang sama maksudnya dengan ‘draengan IA LANGSUNG TIDAK AKAN BERFUNGSI KECUALI ANDA MELAKUKAN APA YANG DICITA-CITAKAN ITU. 


Oleh itu, kuasa orang lain untuk memaksa kita melakukan apa yang kita angankan adalah tidak penting kerana ia tidak memberi darjat sukses yang tinggi namun budi bicara kita sendiri adalah lebih berkuasa dari arahan orang lain.


Maka, anda, (saya, jika utk diri sendiri ) hendaklah menggerakkan kerja untuk mencapai DREAMS tersebut. 
Itu TUGAS orang yang menginpikan kejayaan itu… 
Bagaimana menggerakkab dreams itu sehingga tercapai. kita bicarakan dalam posting saya yang berikutnya di atas…”SEBUT AKAN BUAT IA BELUM MENJADI KERJA, BILA BUAT BARULAH IA MENJADI KERJA”…

Untuk Menjadi Cemerlang..

Cemerlang itu adalah persepsi. Bandingan antara yang mendapat kejayaan terhebat dengan yang terhebat.

Kelompok pandai mungkin perlukan 10A untuk disebut cemerlang akademik. Kelompok lain mungkin perlu mencapai DREAMS nya untuk menganggap dirinya cemerlang.

Apa pun, untuk MENCAPAI DREAMS itu,
kita lihat 3 Ungkapan di bawah:-

1. SEBUT AKAN BUAT IA BELUM MENJADI KERJA, BILA BUAT BARULAH IA MENJADI KERJA.

Saya tegaskan, apa pun yang kita fikir untuk buat dan sebut untuk buat/lakulan ia belum lagi menjadi kerja.

Orang motivasi katakan merancang itu sudah menjadi tetapi rancang tapi tak buat tidak akan mendatangkan apa-apa hasil.

Oleh itu, “kena buat kerja” kita untuk mencapai anganan tadi. Jika Pelajar, dia kena belajar, ulangkaji, hafal, latih, jawab hingga berjaya. Jika nak jadi guru English, kena cemerlang dalam subjek itu.

Jika mahu masuk Universiti, pelajar kena buat kerja dia (belajar) sampai dia dapat. Begitu juga denga orang lain, buat kerja utk capai impian anda.

2. BUAT KERJA KITA BUKAN SURUH ORANG BUAT KERJA KITA.

Bunyi macam sombong dan mencerca. Namun, hakikatnya memang kita kena buat kerja kita, kita belajar, kita ulangkaji, kita buat latihan tanpa menunggu di suruh orang.

Kita jangan tunggu GURU suruh kita belajar, jangan tunggu ibunapa kerah, jangan tunggu boss suruh. Kita buat sendiri kerja kita. Selebihya kerja kita belajar itu barub kita dapatkan bantuan orang.

Perlu ingat, itu dream kita…!!!

3. KERJA BUAT ITU TANGGUNGJAWAB KITA.

Kita buat kerja bukan saja kerana hendak capai DREAMS kita tetapi kita kena ingat bahawa itu adalah tanggungjawab kita.

Tanggungjawab untuk memastikan kita berjaya.

Tanggungjawab untuk membela dan menyenangkan ibu bapa dan keluarga kita.

Tanggungjawan kepada negara dan bangsa kita.

Oleh itu, apabila 3 ini digabungkan dengan tindakan kita untuk mencapai DREAMS, kita akan sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai hasrat kita.

Selamat Berinspirasi, Selamat Bekerja.

Terima kasih

× Whatsapp