Masuk lah Dalam Kasut Si Miskin itu

Dunia ini sudah memang begitu. Sudah dijadikan untuk pelbagai kelompok manusia. Manusia yang bersifat manusia dan manusia yang tidak bersifat manusia.

Berbagai kategori manusia mengikut masa. ada manusia berada di waktu ini, ada yang tidak. Ada yang berada besoknya tetapi sebelum ini ia tiada apa-apa.

Umpama, masuk lah dalam kasut si polan untuk melihat dan memahaminya memang terbaik untuk dihayati bagi orang yang ingin menghayatinya.

Jika orang tidak mahu menghayatinya, seribu kali di sebut pun ia tidak akan pedulikan.

Seringkali manusia akan melihat pengorbanan dan jasa diri sendiri. Biasalah. Itulah manusia. Ia sentiasa mendabik dada tentang kebaikan-kebaikan yang dilakukannya. tambahan pula yang sering memikirkan dia lah yang paling banyak berjasa, sedangkan orang lain tidak. Dia paling banyak berkorban, orang lain, tidak. Dia paling banyak menyumbang dan bersedekah, tetapi orang lain. tidak.

Tidak boleh dimarahi, kerana itu lah ego manusia. Ego untuk mengangkat diri sendiri. Yang kaya dan berada pada waktu si miskin terkulat-kulat menahan kelaparan dengan penuh kehinaan akan merasa berbangga dan memandang sepi. Membiarkan malah meninggalkan si miskin di hadapannya tanpa rasa belas kasihan, sedangkan si kaya itu suatu ketika dahulu adalah juga sama seperti si miskin.

NAK RASA?

INI kasut si Miskin, buruk, kotor, hina. Terasa jijik si kaya jika mahu menyarung kakinya ke dalam kasut si miskin… kenapa tidak mahu berfikir???
Ini kasut si Kaya. Dengan bangganya si kaya menayang kepada si miskin…Mencebik muka, menghina…

Maka bermula lah episod bongkak si kaya ketika itu. Dengan angkuh, bangga dan sombongnya mencebik kasut si miskin padahal dia terlupa satu ketika itu dia juga adalah si miskin itu. Kerana waktu itu dia kaya, maka si miskin ketika itu dihina.

TIDAK LAH SI MISKIN ITU MISKIN SELAMANYA

Si Miskin, atas desakan untuk membasahkan tekak, mengisi perut supaya dia boleh hidup seperti si kaya sudah pasti menerima hinaan dan cabaran itu dengan kuat, kental dan cekal walaupun dia terpaksa menangis di dalam hati.

Si Miskin tahu itu dugaan. Dugaan itu memberi pengajaran kepada si miskin bahawa si miskin yang menjadi kaya akan merubah perangainya menjadi sombong dan bongkak, menghina dan menyisihkan si miskin.

HINAAN YANG BERTERUSAN

Cabaran dari hinaan yang berterusan, lama yang dialami si miskin akhirnya menjadikan si miskin lebih kental

Satu per satu pengalaman menghadapi hinaan itu di ingat semula oleh si miskin. Saat ibu bapanya dihina si kaya. Saya kaun keluarga di hina si kaya. Saya dia diperlekehkan oleh si kaya.

Saat dia kelaparan di hina si kaya, saat dia kesempitan dihina si kaya. Dan berbagai lagi sehingga hinaan itu akhirnya menjadi satu kekuatan kepada si miskin untuk membuat penilaian tentang si kaya.

Si miskin akan ingat segala pesan-pesan yang diperolehi dari semua manusia bahawa

“kamu tidak boleh terus menjadi miskin jika kamu tidak mahu kamu berterusan dihina”

Itulah kekuatan yang perlu ada pada kita si miskin. Berpegang kepada pesanan yang baik ini.

hINANYA SEWAKTU KITA TIADA WANG TETAPI SI MISKIN WAJAR BERPEGANG DENGAN PEGANGAN DI BAWAH
Jika ada pesan untuk kamu begini, maka lakukanlah. Lawanlah jika dirimu dihina dan direndahkan. Lawan. Bukan lawan dengan cara meminta-minta tetapi lawanlah hinaan itu dengan menjadikan dirimu berilmu dan kaya seperti si kaya itu

Hanya dengan cara itu si miskin mampu melawan semua hinaan itu kembali. Mendapatkan harga diri, mengembalikan maruah dan mengekalkan maruahnya.

Ketika itu, si kaya, ketika kamu sudah menjadi kaya, belajarlah masuk dalam kasut si miskin yang kebuluran itu. Dan si miskin yang sudah menjadi kaya, jangan kamu angkuh kasut baru kamu itu kerana ia akan menggambarkan siapa dirimua.

Waktu ini, siapa paling banyak berkorban sudah tidak perlu di nilaikan lagi kerana si miskin pun sudah banyak berkorban menentang penghinaan sehingga dia berjaya. Pasti, kita lihat penghinaan demi penghinaan akan menjadikan manusia membuat tafsiran berbeza tetapi yang jelasnya ia akan kembali dengan kekuatan yang luar biasa.

Terima kasih.

× Whatsapp