DERMASISWA KPJUC 2020


Tawaran ini terbuka kepada semua warga Malaysia yang layak menyambung pengajian di KPJUC, tersenarai dalam kumpulan B40 dan berdaftar sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, serta diluluskan sebagai penerima pinjaman PTPTN pada kadar warga B40. Lazimnya kesemua pelajar-pelajar dalam kalangan ini layak menerima pinjaman PTPTN untuk membiayai yuran pengajian mereka namun jumlah pinjaman ini tidak sepenuhnya dan masih terdapat jumlah baki yang perlu dibayar oleh pelajar. Melalui skim Dermasiswa yang ditawarkan ini KPJUC akan menampung sebarang kekurangan yuran pengajian dan kemudahan asrama dalam kampus serta luar kampus (semasa menjalani latihan amali di Hospital Pakar KPJ) bagi membolehkan pelajar menuntut di KPJUC tanpa mengeluarkan sebarang bayaran untuk yuran pengajian di sepanjang tempoh pembelajaran masing-masing. Pelajar juga akan dibayar Elaun Sara Hidup sebanyak RM300sebulan di sepanjang tempoh pengajian masing-masing.

Syarat -syarat Dermasiswa 2020:

  • Pengambilan 2020: Mac, Julai dan September
  • Hanya warga B40 yang berdaftar sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

Skim bantuan kewangan ini melibatkan pengajian Diploma dan Ijazah Sarjanamuda dalam program yang ditawarkan:

  • Diploma Fisioterapi (Diploma in Physiotherapy)
  • Diploma Pengimejan Perubatan (Diploma in Medical Imaging)
  • Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan (Diploma in Healthcare Management)
  • Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan (Diploma in Health Information Management)
  • Sarjanamuda Fisioterapi (Bachelor of Physiotherapy)
  • Sarjanamuda Terapi Cara Kerja (Bachelor of Occupational Therapy)
  • Sarjanamuda Pengimejan Perubatan (Bachelor of Medical Imaging)
  • Sarjanamuda Psikologi (Bachelor of Psychology)
  • Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan (Bachelor of Business Management)

CONTACT US

For any inquires regarding this sponsorship please contact us at :
Hotline: 1 300 88 5758
General line: 06 7942692 / 2631
Ext En Ibrahim : 06 7984468
Fax  : 06 7942692
Email  : scholarship@kpjuc.edu.my / ibrahim@kpjuc.edu.my

BAGI YANG BELUM MEMOHON MENYAMBUNG PELAJARAN DI KPJUC, SILA MOHON ONOLINE SEKARANG. KLIK SINI