Positifkan Minda

Setiap hari, hasutan untuk menjadikan minda kita negatif akan muncul. Ia bukan sahaja muncul kerana respon anda terhadap persekitaran anda, rakan atau keluarga, tetapi ia muncul dari dalam kotak pemikiran kita sendiri.

Tentu anda biasa alami, sebaik bangun pagi anda akan ras amalas untuk pergi kerja atau belajar. Anda lebih rela memikirkan, satu minit ,dua minit dan 15 minit sehingga suntuk waktunya.

Apabila suntuk, anda akan membuat keputusan dengan berkata ‘tidak’, ‘biarkan’ atau lantaklah.

Minda Negatif ini tidak memberikan apa-apa keuntungan dalam hidup kita. Rasiaonalkan, dan tukar pemikiran tadi kepada positif dengan cara berfikir semula apakah yang aku rugi jika aku tidak pergi?

Fikirkan apakah keuntungan yang aku perolehi jika aku pergi.  Nama, darjat, kebaikan, keuntungan, rakan dan maruah. 

Manakah yang lebih baik?

Jawapan itu sepatutnya telah memberikan motivasi kepada kita.  Ubah minda, ubah cara berfikir kepada yang lebih positif kerana minda yang negatif tidfak akan menjadikan kehidupan kita positif.

Mari Amalkan

Wan Zainal

Koleksiminda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *