KPJ Healthcare University

KPJ Healthcare University Group (KPJU Group) terdiri daripada KPJ Healthcare UniversityKPJ Healthcare College Johor Bahru, dan KPJ Healthcare College Pulau Pinang. Sejak penubuhannya pada 1 April 1991, KPJU Group telah menjadi peneraju dalam pendidikan penjagaan kesihatan di Malaysia — dengan 34 tahun kepakaran dalam kecemerlangan akademik dan latihan klinikal yang berkualiti tinggi.

KPJ Healthcare University, dahulunya dikenali sebagai PNC International College of Nursing and Health Sciences, merupakan anak syarikat kepada KPJ Healthcare Berhad, penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka negara. Sebagai institusi pengajian tinggi yang progresif dan berwawasan global, kami komited untuk melahirkan generasi profesional penjagaan kesihatan yang bukan sahaja cekap dari segi teknikal, malah memiliki belas ihsan, ketabahan, dan keikhlasan dalam menyantuni pesakit serta komuniti.

Di KPJU, pelajar adalah keutamaan kami. Kami membentuk mereka menjadi profesional penjagaan kesihatan yang cemerlang, bersedia untuk menghadapi cabaran dunia sebenar, dan berdaya saing dalam pasaran kerja — terbukti dengan kebolehpasaran graduan kami yang tinggi setiap tahun.

Kami menawarkan latihan dalam bidang seperti Kepakaran Perubatan, Farmasi, Kejururawatan, Teknologi Penjagaan Kesihatan, dan Pengurusan Penjagaan Kesihatan, sejajar dengan keperluan industri dan perkembangan sistem penjagaan kesihatan masa kini.

INTAKE JULAI 2025 KINI DIBUKA

KOLEKSIMINDA adalah laman web rasmi informasi dan pemasaran bagi KPJ Healthcare University (KPJU). Laman web ini direka khas untuk menyediakan maklumat terperinci kepada para ibu bapa, pelajar lepasan SPM, STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma, dan Ijazah yang berminat dalam melanjutkan pengajian dalam bidang penjagaan kesihatan dan kerjaya profesional.

Maklumat yang disediakan adalah relevan untuk rujukan ibu bapa, penjaga, serta pelajar yang merancang langkah seterusnya dalam pendidikan mereka. KOLEKSIMINDA juga memberi panduan kepada pelajar dari sekolah atau institusi lain yang memerlukan informasi untuk merancang kerjaya mereka di sektor penjagaan kesihatan.

KOLEKSIMINDA berfungsi sebagai Penasihat Pendidikan Sah yang dilantik oleh KPJ Healthcare University melalui Puteri International Nursing College yang bernaung di bawah Johor Corporation (JCorp). Sebagai sebuah platform yang sudah bertapak sejak 2012, KOLEKSIMINDA komited dalam membantu bakal pelajar melalui pelbagai saluran maklumat dan sokongan yang diberikan.

Aktiviti Kami:

Maklumat Kursus: Menyediakan maklumat terkini mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di KPJ Healthcare University, memastikan pelajar mendapat maklumat lengkap tentang pilihan pengajian yang sesuai dengan minat dan kerjaya masa depan mereka.

Khidmat Nasihat: Menyediakan khidmat nasihat secara WhatsApp, Email dan Telegram kepada semua yang memerlukan panduan mengenai pendidikan dan pengajian di KPJ Healthcare University.

Permohonan Online: Memproses dan menyediakan permohonan secara online mengikut intake yang diluluskan oleh KPJ Healthcare University.

Makluman Tawaran: Menyemak kelayakan pemohon dan menyenaraikan pemohon yang berjaya melalui laman web.

KOLEKSIMINDA ingin mengesahkan bahawa semua khidmat yang disediakan adalah 100% PERCUMA. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk sebarang perkhidmatan yang diberikan kepada anda.

BACHELOR COURSES

Selamat melayari laman kami!

Terima kasih.