Laman Permohonan Online KPJ University College

Salam Sejahtera Semua,

Salam hormat khusus untuk ibubapa dan Para Lepasan SPM 2018 khususnya.

Sudah semestinya anda berdebar-debar menanti keputusan SPM yang akan diumumkan Mac 2019 nanti. Apa pun keputusan yang anda terima nanti anda perlu akur kerana itulah hasil usaha anda.

Jangan gelabah. Tenang. Ini kerana anda boleh mencari maklumat dan mengumpulkannya mulai sekarang bagi memudahkan anda membuat pilihan berasaskan keputusan anda nanti.

UPU ONLINE

Saua sebutlkan juga di sini kerana majoriti dari anda akan memohon melanjutkan pelajaran di Universiti Awam dan Institusi yang disenaraikan di dalam laman UPU Online. 

LaMAN ini sudah dibuka untuk mendapatkan maklumat sekarang melalui pautan ini http://upu.moe.gov.my/web/

Anda boleh layari untuk mendapatkan maklumat melalui panduan yang diberikan di https://online.moe.gov.my/upu/epanduan/

dan panduan TEVT di https://online.moe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/

LEPASAN SPM, STPM STAM

Anda memang mempunyai banyak peluang belajar di UA atau US. Pilihan ditangan masing-masing. Namun Sistem Meritokrasi akan menapis anda dan menentukan peluang anda ke UA. Ranking anda sangat penting dalam menentukan peluang di UA. Jika Agregat anda tinggi, maksudnya anda cemerlang, anda mungkin ditawarkan, jika rendah anda tentu terlepas peluang memasuki IPTA. 

PILIHAN 

Anda adalah salah seorang yang terpaksa membuat pilihan. Ibu bapa juga. Jika dahulu semua orang memburu UA kerana kos mungkin lebih rendah tetapi peluang terhad. Peluang Pekerjaan juga menjadi faktor utama dalam membuat pilihan universiti. Jika anda pilih kursus yang sudah tepu dalam pasaran, peluang kerjaya anda nanti mungkin lebih sempit. Oleh itu ramai juga yang memilih kursus-kursus baru yang nyata peluang kerjayanya lebih bagus.

Universiti Awam Atau Swasta?

Terpulang kepada anda. Orang kata swasta lebih mahal tetapi swasta lebih mudah dari segi kerjaya. Yang pendting selepas graduat anda akan dapat kerja. lebih baik dari menganggur 3 tahun dan tak tentu arah mencari kerja. 

Pilihan terkini adalah institusi latihan atau University college yang boleh memberi pekerjaan selepas tamat pengajian.

KPJUC Menawarkan Kursus dan Laluan Kerjaya.

Langsung daripada tulisan saya ini saya perkenalkan bahawa KPJ University College Menawarkan Kursus Peringkat Diploma dan Ijazah. Saya bicarakan soal Diploma untuk lepasan SPM. 

Kampus kami di Kota Seriemas Nilai Negeri Sembilan, Bandar dato’ Onn Johor Bharu dan Seberang Jaya Pulau Pinang telah melahirkan ribuan tenaga mahir dalam bidang Sains Kesihatan. Yang mustahaknya adalah JAMINAN PEKERJAAN kepada mereka yang layak. Belajar, graduat dan bekerja dengan hospital-hospital kami. 

Wahh…!!!. Peluang ini memang susah diperolehi dimana-mana. Kami mempunyai lebih 26 buah Hospital Pakar yang sentiasa memerlukan kakitangan Jururawat, Ahli Fisio, Farmasi, Operasi Dewan Bedah, Pengimejan Perubatan dan juga profesional dalam pengendalian rekod perubatan.

Itulah peluang untuk anda. Kami sediakan tempat belajar yang kondusif dengan pelbagai kemudahan Asrama percuma dan latihan amali yang kerap dan teratur untuk menjadikan anda seorang ahli sains kesihatan yang bagus.

Kelayakan

Semua kursus kami diluluskan MQA dan diiktiraf kerajaan Malaysia. Usah risau. Anda boleh layari terus di laman web kami.

Penasihat Pendidikan Anda

Koleksiminda adalah penasihat pendidikan anda yang sah dilantik dan diperakukan oleh Puteri International Nursing College yang mengendalikan KPJUC. Johor Corporation adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Johor yang kukuh dalam pelbagai perniagaan.

Koleksiminda mempunya perjanjian untuk menjadi Penasihat Pendidikan KPJUC bertauliah dan telah terbukti telah membantu ribuan pemohon yang telah lulus KPJUC mulai tahun 2011 lagi.

Oleh itu, anda boleh layari web kami https://koleksiminda.com/kpjuniversitycollege/ 

atau hubungi kami melalui email koleksiminda@gmail.com. Anda boleh mendapat khidmat nasihat percuma di talian whatapps 012-9026198 atau 0186619002 dengan menyatakan nama penuh dan pertanyaan anda.

Anda boleh memohon secara online di sini https://koleksiminda.com/kpjuniversitycollege/borang-online/

atau

di https://kpjmarketing.com/permohonan-online/ 

Semoga perancangan anda kali ini menjadi satu perancangan yang tepat untuk masa depan anda.

Terima kasih.