Categories
Uncategorized

Lepasan SPM 2019 – Laluan Pendidikan

Besok Ada Temujanji :

Ingat Temujanji Kita & Ingat Tugas Kita yang perlu di selesaikan SEBELUM 1 April 2020.

Tarikh tutup bagi permohonan UPUOnline adalah seperti berikut:

Lepasan SPM : 31.3.2020
Lepasan STPM/Setaraf : 7.4.2020

Tugas Anda Sekarang Adalah:

1. Muat Turun Pdf Prospektus Panduan Mengisi UPU Online. (Jangan enteng kerana saya tahu ramai yang gagal mendapat tawaran kerana pelbagai kesalahan termasuk salah Nombor Kad Pengenalan, Kod Kursus dan masalah kemaskini permohonan)

Anda dah tahu masalah internet line siput, buat awal lah.

2. Masuk ke KALKULATOR MERIT di http://upu.moe.gov.my/web/index.php…
dan isikan untuk mendapat PERATUS kemungkinan kelayakan anda MASUK UA (jika 75% ke atas tu, insyaAllah.. kot ada rezeki.

3. Masuk ke SELANGKAH KE UITM https://selangkah.uitm.edu.my/ dan isikan maklumat yang dikehendaki. Hantar. anda akan diberi senarai KURSUS yang anda LAYAK dan TIDAK LAYAK di UITM ( ini penting supaya anda tidak terkial-kial mencari kursus yang anda layak dan TIDAK TERPILIH kursus yang anda tidak layak.

4. Masuk ke E-PANDUAN SEMAK SYARAT https://online.moe.gov.my/upu5/epanduan/ untuk menyemak SATU PER SATU KURSUS yang ingin anda PILIH dalam SENARAI 12 itu.

a) Buatkan CATATAN KOD dan NAMA KURSUS dan SUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN ANDA semua yang anda pilih itu (supaya mudah anda nak isi online nanti masuk masuk dalam laman permohonan ini https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login

b) Pastikan anda PELBAGAIKAN pilihan KURSUS dan UNIVERSITI

5. Semak SYARAT KELAYAKAN anda bagi setiap kursus yang anda INGIN MOHON (jangan mohon yang tak layak) Contoh:

https://online.moe.gov.my/…/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php…

MEMENUHI SYARAT AM UA /IPGM/KOLEJ MATRIKULASI/POLITEKNIK PRIMIER
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

1. Lulus Bahasa Inggeris
1. Lulus Mathematics
2. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
SATU (1) mata pelajaran berikut:

Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Aplikasi Elektrik & Elektronik …seterusnya..

6. MATRIKULASI

: (3 Aliran: Sains Hayat, Sains fizikal dan Perakaunan) Yang layak boleh memohon. Jika di Tkn 5 anda ambil Prinsip Akaun, mohonlah Akaun, Ada Biologi ambillah Sains Hayat dan ada Fizik dan Kimia ambillah Sains Fizikal. Jangan main tibai jer, nanti meraung masa belajar di Matrikulasi. Faham..!!!

7. UNIVERSITI AWAM

ada 20. Pilih lah yang ada kursus anda nak, Semak dulu dalam e-panduan. Bukan pilih ikut MINAT saja, pilih juga ikut PELUANG. Jika yang anda minat tu tak ada, pilih yang lain yang ada PELUANG CERAH MASUK U. Jangan dek kira minat, langsung tak masuk U.

8. POLITEKNIK jangan lupa

Banyak kursus DIPLOMA. Kebanyakannya hand-on. Siapa kata Politeknik tak sama taraf dengan UA..!!!. Lulusan Politeknik mudah sambung Ijazah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Selepas UPU tutup, nanti Politeknik akan ambil Intake ke dua. Jangan lupa pulak semak kat sini. Sebab Intake seterusnya itu mohon di laman web Poly https://www.mypolycc.edu.my/

9. ASASI. Ramai juga pelajar minat nak mohon ASASI .

Asasi ni perlukan A dan B saja kelulusannya. Contoh di UITM UE0222001 ASASI TESL#
UE0380001 ASASI UNDANG-UNDANG (KPM)
UE0380002 ASASI UNDANG-UNDANG (UiTM)
UE0520001 ASASI KEJURUTERAAN
UE0545001 ASASI SAINS

Macam ni haa SYARATNYA

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam mata pelajaran:
Bahasa Inggeris
DAN
Minima Gred A- dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran yang lain DAN Kepujian (Gred C) dalam Mathematics / Additional Mathematics
DAN Lulus temu duga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh Fakulti (kalau layak, mohonlah) . Asasi ni belajar kat universiti mana yang kamu mohon tu lah.

10 . MARA (UPIM)
MARA menyediakan banyak kursus profesional dibawah institusi mara
Masuk sini haa http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
PERMOHONAN masuk sini http://apponline.mara.gov.my/Spupim/
PROGRAM AMBILAN JUN DIBUKA 5 MAC HINGGA 1 APRIL

Ada:
1) unikl https://www.unikl.edu.my/
2) KUTPM http://www.kuptm.edu.my/kuptm/
3) KOLEJ PROFESSIONAL MARA http://apponline.mara.gov.my/upimonline/KPM.pdf
4) Kolej Politek Mara https://www.kptm.edu.my/ms/
5) Kolej Kemahiran Tinggi Mara https://www.tvetmara.edu.my/
6) German Malaysia Institute https://www.gmi.edu.my/
7/ Mara-japan Industrial Institute http://mjii.kktm.edu.my/
8) Kolej Mara http://apponline.mara.gov.my/upimonline/KM.pdf
9. IKM https://www.tvetmara.edu.my/
10. GIAT MARA http://giatmara.edu.my/language/ms/index/

11. INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
Ni ada banyak. banyak juga kursus DIPLOMA
Senarai ILJTM ni banyak . den bagi la haa (ILP, ADTEC) . bukan cikai-cikai ni pun, dah ratus ribu lulusan professional dari sini. Tengok syarat kelayakan dalam e panduan tu.

SENARAI ILJTM

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: ILP Kuala Lumpur
Selangor: ADTEC Shah Alam, ILP Kuala Langat
Negeri Sembilan: ILP Pedas
Pulau Pinang: JMTI, ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai,
Kedah: ADTEC Kulim, ILP Jitra
Perak: ADTEC Taiping, ILP Ipoh
Perlis: ILP Kangar
Kelantan: ILP Kota Bharu
Terengganu: ADTEC Kemaman, ILP Kuala Terengganu, ILP Marang
Pahang: ADTEC Jerantut, ILP Kuantan, Anjung ILP Muadzam Shah
Johor: ADTEC Batu Pahat, ILP Mersing, ILP Tangkak, ILP Pasir Gudang
Melaka: ADTEC Melaka, ILP Bukit Katil, ILP Selandar
Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
Wilayah Persekutuan Labuan: ILP Labuan
Sarawak: ADTEC Bintulu, ILP Kota Samarahan, ILP Miri

12. INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
Mereka yang minat nak jadi CIKGU boleh mohon Tengok Syaratnya https://online.moe.gov.my/…/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php…

13. KEMENTERIAN PERTANIAN
Sesiapa yang minat dalam bidang ini boleh mohon Ada 8 kursus peringkat SIJIL

14. INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) ada 65 kursus peringkat sijil. Boleh mohon

15. KPJ UNIVERSITI COLLGE (ini Swasta lah) Bernaung di bawah Johor Corporation. Mempunyai 27 Hospital Pakar dalam dan luar negara, 3 Kampus, Kota seriemas Nilai, Johor Bharu dan Penang. Menawarkan diploma dan Ijazah Nursing, Pharmacy, Fisioteraphy, Medical Imaging, Health Information Management, Healthcare managementa dan foundation.
Ni kalau nak mohon di sini https://koleksiminda.com/utama/borang-online/

Berpuluh tempat untuk sambung belajar.
Pilih jer lar… nak tanya apa-apa, boleh je wasap saya wan 0129026198 atau lawat artikel ni dihttps://koleksiminda.com/utama/2020/03/11/panduan-lepasan-spm-2019/

Categories
Motivasi hidup

JEMPUTAN MEMOHON KPJUC INTAKE 2020

Salam Sejahtera Para Bakal Calon Lepasan SPM dan STPM 2019

Apa khabar Anda Semua?

Saya harap anda sihat sejahtera sementara menunggu  SPM anda sedikit masa lagi. Semoga anda mendapat semangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Anda wajar terus membaca maklumat dibawah ini sebagai panduan strategi anda dalam SPM nanti.

Saya perjelaskan bahawa KPJ University College sedang membuat pengambilan bagi Kemasukan bulan Februari atau Mac, Julai dan September 2020 bagi Kampus Induk Kota Seriemas, Negeri Sembilan, Kampus JB dan Kampus Penang.

Kami juga sedang membuat pengambilan bagi Kampus Johor Bharu (Diploma In Nursing) dan Kampus Pulau Pinang (Diploma In Pharmacy) juga kemasukan dalam bulan Februari, Julai dan September 2020.

 

 

 

KURSUS DITAWARKAN

KPJUC menawarkan kursus-kursus Diploma In Nursing, Pharmacy, Physiotheraphy, Medical Imaging, Health Information Management , dan kursus baru Diploma In Healthcare Management serta Foundation.

KPJUC menawarkan kursus-kursus tersebut dengan harapan untuk meningkatkan penyertaan anda dalam bidang Sains Kesihatan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan sebaik anda menamatkan pengajian.

Kami sebutkan di sini bahawa KPJUC yang mempunyai lebih 26 buah hospital pakar memang memerlukan graduan kami untuk berkhidmat di hospital pakar kami. Kami memerlukan Jururawat, ahli Farmasi, Pengendali mesin imbas, pengendali rekod perubatan dan juga ahli phisioterapi di hospital kami.

Ringkasnya, anda telah disediakan peluang pekerjaan sebaik menamatkan pengajian dengan kami. Hospital akan menemuduga anda untuk pengambilan sebagai staf di hospital kami. Ini yang dapat kami sediakan untuk anda dengan syarat anda lulus dengan pointer yang bagus dalam akademik dan praktikal di samping sahsiah yang baik dan diperakukan untuk mencapai tahap hospital kami yang professional.

Anda boleh memohon sekarang SECARA ONLINE DALAM PERMOHONAN KAMI.

Koleksiminda adalah Penasihat Pendidikan KPJUC yang sah dan berdaftar. Anda boleh bertanya melalui whatsapps (0129026198) atau email (koleksiminda@gmail.com) untuk mendapat gambaran dan maklumat yang diperlukan.

Program pengajian Diploma kami mengambil masa 3 tahun dan diluluskan oleh MQA. Sudah berpuluh ribu lulusan kami dan telah bekerja dengan kami. Anda fikir bagaimana? Adakah anda mahu memiliki Diploma tetapi menganggur. Kami tidak suka mendengar perkataan menganggur kerana tujuan anda belajar adalah untuk bekerja. jadi mohonlah segera.

Anda boleh melihat soal-jawab mengenai peluang ini di SINI. Anda boleh melihat syarat-syarat kemasukan di dalam setiap page bagi kursus berkenaan. Setiap mereka yang ditawarkan masuk ke KPJUC kami akan maklumkan di SINI.

Jika anda memohon, kami tidak meminta satu sen pun dari anda. Ianya percuma. Kami akan verify samada anda layak atau tidak. Jika layak, sistem kami akan mengeluarkan surat tawaran dan terus dihantar ke email anda. Mudah bukan.

Anda mohon, ditawarkan tetapi tidak mahu masuk kerana memikirkan tawaran lain lebih menarik. Anda bebas membuat pilihan, kami tidak memaksa.

Jika anda ingin menukar untuk masuk ke intake seterusnya, kami benarkan, dengan syarat maklumkan kepada kami untuk kami keluarkan surat tawaran yang baru.

Memanglah, sepanjang anda belajar di sini anda akan dibiayai melalui Pinjaman PTPTN. Biasanya sekarang 80% dari yuran pengajian.

BIASISWA

Bakinya anda boleh gunakan KWSP ibu bapa atau anda boleh berbincang dengan Bahagian Akaun kami untuk mendapatkan cara bayaran yang fleksibel baki bagi pinjaman itu.

KPJUC juga ada menawarkan biasiswa dengan berpandukan syarat-syarat tertentu.

Satu lagi, Hostel Siswa dan Siswi tahun 1 kami ditempatkan di dalam Kampus, bersebelahan dengan dewan pengajian. Hostel kami adalah PERCUMA untuk anda.

Apa lagi yang terbaik dari ini?

Kami persilakan anda memohon sekarang kerana pengambilan adalah terhad kepda 400 orang sahaja untuk intake ini. Mohon sekarang di SINI

Categories
Motivasi hidup

Saya Tidak Mengejar Duit

Salam Sejahtera,

Sebenarnya ramai orang tidak suka bicarakan perkara ini. Persepsi yang negatif akan timbul apabila orang berkata…

” Bila awak ada wang, awak kaya, awak boleh cakaplah awak tidak mengejar wang, (im not chasing the money) tetapi semua orang mengejar duit setiap masa, termasuk saya”.

Ini persepsi.

Saya juga berpuluh-puluh tahun mengejar wang. Setiap hari, nampak ada saja disebut orang perkara yang mendatangkan wang, saya terkejar-kejar untuk mendapatkannya.

Saya menulis ini selepas membaca komentar-komentar netizen tentang ‘duit raya’. Heboh. Kecoh pasal duit raya.

” Wajib ke kita bagi duit raya?.

Duit orang yang dipertikaikan orang. Bukan duit kita. Orang nak bagi itu pun dah cukup bersyukur. Berterima kasihlah lah kepada yang memberi itu.

Kita lihat pemberian RM5 itu terlalu kecil kerana orang itu rumahnya banglo, keretanya BMW dan pendapatannya juta-juta, lalu kita pun mengutuklah kerana ia memberi kita RM5.00 sahaja.

Pernahkah kita terfikir, orang ke, saudara ke yang beri RM 5.00 kepada kita itu telah memberi nilai yang sama juga kepada 999 orang lagi..???. Berapa banyak yang ia laburkan tanpa sedikit pun meminta dengan kita.

Adakah dia mahu pelaburan pahalanya itu diminta untuk di rakam dan masuk TV atau Facebook?. Tentu tidak. Dia berbakti dengan ikhlas.

” Laba sedikit dikongsikan, laba banyak di agihkan”. Bukan tamak seperti kita.

Kerana itu, kita perlu mempunyai beberapa prinsip tentang wang.

Pertama Janganlah terlalu beremosi dengan wang. Emosi yang melampau menjadikan kita orang yang taksub dengan wang yang akan menghancurkan kita juga.

Kedua: Janganlah menjadi hamba wang. Melihat wang itu seperti tuan besar dan kita sanggup menjadi hamba, melutut, meminta, menyembah sehingga hilang harga diri. Sedangkan jika itu bukan rezeki kita, ia tidak akan menjadi milik kita.

Ketiga: Usahlah memaparkan kebodohan kita dengan wang. Kita manusia biasanya akan menjadi kurang rasional dengan wang. Tularan media sudah membuktikan kebodohan kita bila berhadapan dengan wang. Kita sanggup mengaibkan pemberi semata-mata untuk meraskan kita sudah puas hari. Hukum ‘what you give, you will get back” atau balasan akan segera hadir. Kebodohan menjadikan anda memalukan diri sendiri.

Keempat: Anda perlu mencipta sesuatu yang bernilai dari wang itu, bukan menggunakan semata-mata. Jika anda mendapat RM 5.00 ringgit, anda boleh GANDAKAN ia menjadi RM35.00 pada NILAI ALLAH TAALA atau lebih dari itu. Pahala dapat, dosa terhindar.

Itulah, saya mungkin tidak berbuat demikian, tetapi dalam hati pemberi itu, dia telah memanggil wang, memanggil rezekinya dari sedekahnya.

Kita:??

Terima kasih

 

Categories
Uncategorized

KENAPA KAMI, KPJUC – KOLEKSIMINDA MENYARANKAN ANDA TERIMA TAWARAN KAMI

  • Yuran Pendaftaran yang rendah iaitu RM 500.00 sahaja
  • Pembayaran Yuran/ Baki dari Tanggungan secara FLEKSIBEL

CONTOH DIPLOMA IN NURSING YURAN RM 52,850.00

JIKA PTPTN BERI 85% DARI YURAN PENGAJIAN RM 52,850 X 85% = RM 44922.50

PINJAMAN PTPTN RM 52,850 – 44922.50 = RM 7,927.50  

TANGGUNG SENDIRI  UTK 3 TAHUN/6 SEM SATU SEMESTER

= 7,927.50/6 = RM 1,321.25  

BOLEH BAYAR SATU SEMESTER SEKALI GUS SBLM EXAM

BULANAN = RM 1,321.25 / 6 BULAN = RM 220 SEBULAN

Atau perundingan dengan Bahagian Akaun KPJUC

  • Bantuan permohonan PTPTN diselia oleh Pegawai Kolej
  • KPJ membantu pemohon untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan
  • KPJ membantu untuk menguruskan dokumen untuk pengeluaran KWSP, Zakat dan Baitulmal
  • Peluang mendapat Tajaan separuh atau penuh dari hospital-hospital KPJ
        • Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di sini berpeluang mendapat tajaan (separuh atau penuh) pengajian daripada Rangkaian Hospital KPJ yang ada di seluruh Malaysia. Syarat-syaratnya;
        • Menggunakan keputusan peperiksaan bagi tahun pertama (Semester 1 dan Semester 2)
        • ii. Memperolehi keputusan GPA 3.0 dan ke atas.
        • iii. Tiada rekod disiplin sepanjang tempoh tiga (3) tahun pengajian DAN
        • iv. Keputusan tajaan adalah bergantung penuh kepada pihak Hospital.
        • Sekiranya berjaya dalam sesi temuduga, pelajar akan terikat dengan kontrak perjanjian dan pekerjaan dengan hospital yang menaja. Syarat-syarat di atas juga sentiasa berubah dari masa ke masa.
  • KPJUC menyediakan Perlindungan Insuran RM 5000.00 kepada pelajar
        • KPJ Healthcare University College menyediakan insuran kepada pelajar. Premium perlindungan adalah sebanyak
        • RM5,000 setiap tahun dan tidak melibatkan kes-kes pesakit luar atau kes-kes rawatan susulan. Ia bertujuan
        • melindungi pelajar bagi kes yang melibatkan kecemasan seperti kemalangan. Insuran ini boleh digunakan di
      • mana-mana rangkaian hospital swasta dan kerajaan di Malaysia. Hospital KPJ akan diberikan keutamaan
  • PENGINAPAN ASRAMA –  adalah PERCUMA
      • Mahasiswa/i akan diberi penginapan asrama yang terbahagi kepada dua:-
      • – Penginapan semasa teori
    • – Penginapan semasa praktikal (sepanjang tempoh pengajian)

Bagi penginapan semasa teori, mahasiswa/i Sarjana Muda hanya diberi

kemudahan penginapan penuh pada tahun pertama sahaja. Bagi tahun-tahun

berikutnya penginapan mahasiswa/i adalah bergantung kepada pencapaian

akademik, penyertaan aktiviti kolej, pencapaian latihan di hospital dan

tingkahlaku disiplin. Ini adalah tertakluk kepada kekosongan penginapan dan

perubahan polisi penempatan oleh pihak KPJUC.

Bagi pelajar Diploma dan Foundation, penginapan disediakan sepanjang tahun

Belajar.

  • PENGINAPAN DI DALAM KAMPUS. – KPJUC Kampus induk menyediakan penginapan

Hostel 10 tingkat dalam kampus untuk Siswi dan 3 tingkat dalam kampus untuk Siswa.

HOSTEL SISWI DAN SISWA KAMPUS NILAI – DALAM KAMPUS

  • PRAKTIKAL / AMALI MAKMAL DAN HOSPITAL
  • Pelatih akan belajar Teori dan Amali serentak di makmal
  • Pelatih akan menjalani Latihan Amali di Hospital2 KPJ setiap semester.
  • JAMINAN KERJAYA – Lulusan KPJUC yang mencapai tahap kelayakan dan
  • sahsiah yang terpuji akan ditawarkan bekerja dengan Hospital-hospital Pakar KPJ.

Peluang Kerjaya?

Biasanya pelajar berpeluang bekerja dengan Hospital KPJ apabila tamat pengajian tetapi tidak secara oromatik. Proses permohonan dan temuduga biasa akan dilakukan. Pelajar juga boleh memohon kerja di tempat lain.

Inilah yang tiada di tempat lain. Kami di KPJUC memang bekerjasama rapat dengan 26 Hospital pakar KPJUC untuk menempatkan pelajar sebagai Pelatih pada setiap semester di hospital. Pelatih-pelatih akan menjalani latihan dan diawasi.

Hospital akan menilai pelatih dan memberi “sokongan” atau “tidak” . Jika Hospital mendapati Pelatih berkelayakan, hospital akan meminta ‘booking’ dari Kolej untuk dijadikan Staff mereka setelah tamat pengajian dan pelatih-pelatih ini berkemungkinan mendapat tajaan dari hospital ini untuk sepanjang pengajian mereka.

Keduanya, lepasan Diploma KPJUC terutama Nursing, Phisioterafi dan Farmasi akan terus ditemuduga selepas menamatkan pengajian dan ditawarkan bekerja dengan Hospital KPJ. Itulah yang berlaku selama ini.

Tuajuan anda masuk IPT adalah untuk belajar dan bekerja nanti, bukan menganggur. Maka kami sarankan anda memohon Kpjuc sekarang di https://koleksiminda.com/kpjuniversitycollege/borang-online/  atau anda terima saja apa-apa kursus yang ditawarkan oleh KPJUC

Lawati: https://koleksiminda.com/kpjuniversitycollege/

Categories
Uncategorized

Jemputan Memohon Intake Julai 2019 KPJUC

Salam Sejahtera Para Lepasan SPM dan STPM 2018

Apa khabar Anda Semua? Saya harap anda sihat sejahtera sementara menunggu keputusan SPM anda sedikit masa lagi. Semoga anda mendapat kejayaan yang cemerlang.

Anda wajar terus membaca maklumat dibawah ini. Saua perjelaskan bahawa KPJ University College sedang membuat Pengambilan bagi Kemasukan 15 hb Julai 2019 bagi Kampus Induk Kota Seriemas, Negeri Sembilan.

 

Selain itu, kami juga sedang membuat pengambilan bagi Kampus Johor Bharu (Diploma In Nursing) dan Kampus Pulau Pinang (Diploma In Pharmacy) juga kemasukan dalam bulan Julai 2019.

KPJUC menawarkan kursus-kursus Diploma In Nursing, Pharmacy, Physiotheraphy, Medical Imaging, Health Information Management serta Foundation.

KPJUC menawarkan kursus-kursus tersebut dengan harapan untuk meningkatkan penyertaan anda dalam bidang Sains Kesihatan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan sebaik anda menamatkan pengajian.

Kami sebutkan di sini bahawa KPJUC yang mempunyai lebih 26 buah hospital pakar memang memerlukan graduan kami untuk berkhidmat di hospital pakar kami. Kami memerlukan Jururawat, ahli Farmasi, Pengendali mesin imbas, pengendali rekod perubatan dan juga ahli phisioterapi di hospital kami.

Ringkasnya, anda telah disediakan peluang pekerjaan sebaik menamatkan pengajian dengan kami. Hospital akan menemuduga anda untuk pengambilan sebagai staf di hospital kami. Ini yang dapat kami sediakan untuk anda dengan syarat anda lulus dengan pointer yang bagus dalam akademik dan praktikal di samping sahsiah yang baik dan diperakukan untuk mencapai tahap hospital kami yang professional.

Anda boleh memohon sekarang SECARA ONLINE DALAM PERMOHONAN KAMI. Koleksiminda adalah Penasihat Pendidikan KPJUC yang sah dan berdaftar. Anda boleh bertanya melalui whatsapps atau email untuk mendapat gambaran dan maklumat yang diperlukan. 

Program pengajian Diploma kami mengambil masa 3 tahun dan diluluskan oleh MQA. Sudah berpuluh ribu lulusan kami dan telah bekerja dengan kami. Anda fikir bagaimana?

Adakah anda mahu memiliki Diploma tetapi menganggur. Kami tidak suka mendengar perkataan menganggur kerana tujuan anda belajar adalah untuk bekerja. jadi mohonlah segera.

Anda boleh melihat soal-jawab mengenai peluang ini di SINI.

Anda boleh melihat syarat-syarat kemasukan di dalam setiap page bagi kursus berkenaan.

Setiap mereka yang ditawarkan masuk ke KPJUC kami akan maklumkan di SINI.

Jika anda memohon, kami tidak meminta satu sen pun dari anda. Ianya percuma. Kami akan verify samada anda layak atau tidak. Jika layak, sistem kami akan mengeluarkan surat tawaran dan terus dihantar ke email anda.

Mudah bukan. Anda mohon, ditawarkan tetapi tidak mahu masuk kerana memikirkan tawaran lain lebih menarik. Anda bebas membuat pilihan, kami tidak memaksa.

Jika anda ingin menukar untuk masuk ke intake seterusnya, kami benarkan, dengan syarat maklumkan kepada kami untuk kami keluarkan surat tawaran yang baru.

Memanglah, sepanjang anda belajar di sini anda akan dibiayai melalui Pinjaman PTPTN. Biasanya sekarang 80% dari yuran pengajian. Bakinya anda boleh gunakan KWSP ibu bapa atau anda boleh berbincang dengan Bahagian Akaun kami untuk mendapatkan cara bayaran yang fleksibel baki bagi pinjaman itu.

KPJUC juga ada menawarkan biasiswa dengan berpandukan syarat-syarat tertentu.

Satu lagi, Hostel Siswa dan Siswi tahun 1 kami ditempatkan di dalam Kampus, bersebelahan dengan dewan pengajian. Hostel kami adalah PERCUMA untuk anda.

Apa lagi yang terbaik dari ini?

Kami persilakan anda memohon sekarang kerana pengambilan adalah terhad kepda 400 orang sahaja untuk intake ini.

Mohon sekarang di SINI

Categories
Uncategorized

Keputusan Intake Februari 2019

Salam Sejahtera pemohon KPJ Healthcare University College intake 2019.

Terima kasih kerana anda telah memohon di laman kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tawaran masuk ke KPJUC.

Kami sedang mengemaskini data dan mengeluarkan kan surat tawaran untuk kemasukan 25 Februari 2019 dan dihantar ke email anda.

namu begitu kami mengalami sedikit gangguan sistem untuk pemohon Diploma In Nursing dan sedang diselenggara untuk memberikan surat tawaran kepada anda.

Anda boleh menyemak di link ini

Sekian terima kasih.

Admin

Categories
Uncategorized

Ambilan Mac 2019

Categories
Uncategorized

Soal jawab mengenai KPJ University College

Categories
Motivasi hidup

Kerana Selangkah…!!!

Salam sejahtera,

Pastinya hari ini semua kita mahu kehidupan yang ceria dan bahagia. Itu bukan keinginan semata-mata tetapi ia adalah satu dari tujuan dalam kehidupan.

Tiada siapa yang tidak inginkah kejayaan, kemudahan, kesenangan, kekayaan dan penghargaan dalam kehidupannya. semua. Kita mahu semua itu menjadi milik kita. Kerana itu setiap orang yang berjaya mencapai kemuncaknya, akan merasa puas, bangga, hebat dan sebagainya. Terasa seperti ingin terbang ke awan meraikan kejayaan.

 

Namun… biasanya halangan paling besar adalah Langkah Pertama.

Langkah pertama itu ” Kita adalah sebenarnya kita”. We are real. Itulah diri kita sebenarnya kerana kita bersusah payah bermula dari bawah. Kita sudah ada ilmu, cukup pendidikan, semangat sudah melepasi tahap keperluan untuk bertindak. Kita sudah memulakan langkah dan kita sudah mendapat yang asasnya untuk kita. Kita bekerja dan bergaji, mempunyai pendapatan yang setara keperluan tatapi kita perlukan lebih lagi. Itu kita, penuh dengan keazaman untuk ‘naik’, berada setaraf atau di atas dari orang lain. 

“We Are Real”. Ini tahap pertama kita mula melangkah untuk mendapatkan beberapa lagi tahap yang kita sangat inginkan. 

Sebelum ini kita cari seberapa ramai kawan, kita meminta nasihat orang lain, kita bergantung harap, kita peramah, kita menyapa, kita membalas senyuman dan sapaan, kita dengar komen dengan penuh minat, kita akur bila dikritik, kita betulkan ketelanjuran. Pendek kata kita tidak ego, tidak sombong, tidak besar kepala. Tidaklah menampakkan bahawa kita itu hebat sangat kerana kita masih di bawah. Kekurangan.

Namun, bila kita berada di anak tangga pertama, realiti, ia adalah cabaran paling utama. Ramai kita bila diperingkat ini terasa seperti ‘aku hebat dan aku sebenarnya boleh lakukan, aku pedulikan apa teguran mereka, mereka mungkin berniat jahat atau dengki kepada aku. Biarkan mereka, pedulikan. Mereka tak berada dalam kasut aku mana mereka tahu. Mereka tak rasa. Jika mereka tak sudi bersahabat dengan aku, aku boleh cari sahabat lain yang setara dengan aku. Pedulikanlah. tak perlu aku menyapa atau membalas sapaan. 

Ini adalah reliti diri kita yang baru menapak satu anak tangga kejayaan. Orang yang sudah berjaya di atas sana melihat kita dengan rasa kita penuh dengan kebodohan. Ketawa dan kecewa. 

Kesilapan Pertama

Ini adalah kesilapan pertama kita lakukan. Kita seperti mengalami kejutan kejayaan. Kejayaan yang kecil itu menjadikan kita terasa seperti di awangan. Kita rasa seperti kita sudah mencapai cita-cita kita pada hal jauh lagi untuk sampai di kemuncak kejayaan. Jauh.

Tidak Sedar

Kita mungkin tidak sedar bahawa kita telah membuat kesilapan. Kesilapan yang mungkin akan menggagalkan seluruh usaha kita untuk berada di puncak. Mudah. Semua orang membuat kesilapan tetapi tidak ramai yang sedar atau mahu mengakui kesilapan. Itu ego namanya.

Betulkan Kesilapan

Sebelum lebih ramai orang enggan melihat kita, mula menyisih kita, atau rasa tersisih dengan keegoan kita, adalah lebih baik kita belajar sendiri melihat kesilapan kita. Jangan sampai semuanya melabelkan kita ‘ego’ dan sombong. Betulkan kesilapan itu segera atau anda tidak akan sampai ke puncaknya…!!!.

Kembali seperti sikap sediakala, positif dan lebih tawaddhuk, mesra, menghargai, sapa dan menyapa, cepat membalas spaan, salam, teguran. Bukan lagi memberi alasan bahawa “sekarang aku makin sibuk, maaf tidak dapat menjawab, next time i will answer you atau menjawab selepas beberapa jam. Ini tidak mesra laluan kejayaan. Ini menghancurkan. Jika sedar salah, katakan ‘maafkan saya’. 

Peluang Kedua

Selepas itu kita akan punyai peluang kedua untuk meneruskan mendaki tangga itu. Kita ada. Kita tidak akan gagal kerana realiti membuat kesilapan yang pertama telah pun diatasi.

Semoga sedikit garapan ini membuka minda kita untuk memikirkannya. Ini jua pesanan saya untuk diri saya. Saling sapa menyapa kerana kita satu keluarga dalam satu negara.

Terima kasih, Salam sayang dari saya.

Wan.

Categories
Uncategorized

TVET – PENJANA PELUANG KERJAYA MASA HADAPAN

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET- Technical And Vocational Education And Training) merangkumi pembelajaran formal, bukan formal dan tidak formal yang mempersiapkan generasi belia dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), TVET juga dikenali sebagai latihan perantisan, pendidikan vokasional, pendidikan teknikal, pendidikan teknikal-vokasional, pendidikan pekerjaan, pendidikan dan latihan vokasional, pendidikan vokasional, pendidikan kerjaya dan teknikal, pendidikan tenaga kerja, pendidikan tempat kerja, dan lain-lain.

TVET seperti yang ditakrifkan oleh UNESCO adalah meliputi “sebagai nilai tambah kepada pendidikan umum, kajian teknologi dan sains yang berkaitan serta peningkatan kemahiran praktikal, sikap, pemahaman, dan pengetahuan yang berkaitan dengan pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial” . Di TVET, golongan muda berpeluang untuk belajar dari tahap asas hingga tinggi dalam pelbagai syarat yang dikehendaki oleh bidang pekerjaan.

Program TVET di Malaysia ditawarkan di peringkat sijil, diploma, dan ijazah oleh  agensi-agensi berikut iaitu:-

  1. CIAST, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
  2. IKBN, INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA / IKTBN
  3. IKM, INSTITUT KEMAHIRAN MARA
  4. ILP, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
  5. JMTI, INSTITUT TEKNIKAL JEPUN- MALAYSIA
  6. KKTM, KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
  7. KK, KOLEJ KOMUNITI
  8. NATC, MAJLIS LATIHAN PERTANIAN KEBANGSAAN
  9. POLITEKNIK
  10. ADTEC, PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI

Menurut Pelan Pendidikan Pendidikan Tinggi Malaysia (Pengajian Tinggi) MOHE, terdapat kenaikan permintaan bagi tambahan 1.3 juta pekerja TVET menjelang tahun 2020 di 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan.

Untuk memenuhi permintaan ini, kerajaan telah meningkatkan perbelanjaan pembangunan yang diberikan kepada institusi TVET awam dari RM 1.8 bilion pada tahun 2010 kepada RM 2.1 bilion pada tahun 2014.

Terdapat lebih 1,000 institusi TVET di Malaysia yang 506 adalah institusi awam.

Institusi awam seperti politeknik, kolej komuniti, kolej vokasional dan institusi pengajian tinggi lain boleh menampung kira-kira 230,000 pelajar.

Pada tahun 2013, daripada 429,000 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, 321,000 pelajar mendaftar dalam program pendidikan dan latihan tinggi, dengan lebih daripada 50% mendaftar di institusi TVET.

SITUASI SEMASA

Pada masa ini, kelayakan untuk pendidikan akademik (pendidikan tinggi) dan pendidikan vokasional yang ditawarkan oleh universiti, politeknik dan kolej komuniti (MOHE) diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),

Program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh institusi latihan kemahiran diakreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.


KELOMPOK SASARAN

Perbezaan Sasaran Oleh Institusi Di Bawah KPT
Kolej Vokesyenal
Kolej Komuniti
Politeknik
Malaysia Technical University Network (MTUN)
Kumpulan Sasar
16 Tahun
(Selepas Tkn 3)
18 Tahun
(Selepas Tkn 5)
18 Tahun
(Selepas Tkn 5)
18 Tahun
(Selepas Tkn 5)
Syarat Kelayakan Masuk
PT3: Gred
D and E, Lulus BM
SKM Tahap 2
A,B,C,D for SVM, Diploma(DVM)
SPM with 1 kredit utk Sijil
Sijil untuk WBL Diploma
SPM dgn 3-6 credits for Diploma
Diploma utk WBL
Adv Diploma, WBL utk Bachelor
SPM dgn 5 kredit utk Diploma
Diploma utk
Adv Diploma,
Bachelor

APA PELUANG BELAJAR YANG DITAWARKAN?

Pendidikan Vokasional ditawarkan oleh institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran yang termasuk

  1. PAV (untuk lepasan UPSR),
  2. Kolej Vokesyenal,
  3. Kolej Komuniti,
  4. Politeknik dan Universiti MTUN. 

Kelayakan yang ditawarkan termasuk Sijil, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia (DVM), Diploma Lanjutan, dan Ijazah Sarjana Muda (pendidikan vokasional).

Setelah selesai pendidikan sekolah rendah, lepasan sekolah UPSR (Standard 6) boleh memilih untuk mengikuti Pendidikan Vokasional Junior (PAV) di sekolah-sekolah awam. Pelajar yang telah melengkapkan Tingkatan 3 (PT3) mempunyai pilihan untuk mengikuti laluan latihan kemahiran (sama ada institusi latihan kemahiran awam atau swasta) yang membawa kepada 5 tahap kelayakan kemahiran dalam sektor kemahiran.

Mereka juga boleh mengikuti program pendidikan Vokasional 4 tahun di Kolej Vokasional MOE yang membawa kepada penganugerahan Diploma Vokasional Malaysia, DVM. Program DVM di Kolej Vokasional juga terbuka kepada graduan PAV.

Lepasan sekolah yang telah menamatkan SPM boleh mendaftar di Kolej Komuniti, politeknik dan MTUN (Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia) bagi pendidikan kerjaya untuk mendapatkan kelulusan sijil, diploma dan diploma lanjutan. Lepasan sekolah STPM / Matrikulasi dan pemegang Diploma boleh maju ke kelayakan ijazah sarjana muda di MTUN (Universiti Teknikal).

Iklan

TINDAKAN SEGERA LEPASAN SPM 2017


1- Mendalami Maklumat TEVT yang ditawarkan Oleh UPU
2- Cari Kursus Yang Di tawarkan oleh Institusi

3- Cari Semua Kursus ILKA-TEVT Yang Ditawarkan UPU

4- Carian Lihat Syarat-Syarat Program Yang Ditawarkan

5- Pilih Kursus dan Institusi Yang Sesuai dan Layak Semasa Memohon
ILKA – TEVT – LAPORAN PPPM 2016

PENUTUP

Berdasarkan situasi semasa di mana kerjaya menjadi matlamat akhir dalam pembelajaran anda, maka bidang teknikal dan vokesyenal ini boleh membuka ruang yang luas untuk memberikan pekerjaan di masa hadapan. Oleh itu, jangan abaikan peluang yang ada dalam bidang ini.

Terima kasih

× Whatsapp