Categories
Motivasi hidup

JEMPUTAN MEMOHON KPJUC INTAKE 2020

Salam Sejahtera Para Bakal Calon Lepasan SPM dan STPM 2019

Apa khabar Anda Semua?

Saya harap anda sihat sejahtera sementara menunggu  SPM anda sedikit masa lagi. Semoga anda mendapat semangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Anda wajar terus membaca maklumat dibawah ini sebagai panduan strategi anda dalam SPM nanti.

Saya perjelaskan bahawa KPJ University College sedang membuat pengambilan bagi Kemasukan bulan Februari atau Mac, Julai dan September 2020 bagi Kampus Induk Kota Seriemas, Negeri Sembilan, Kampus JB dan Kampus Penang.

Kami juga sedang membuat pengambilan bagi Kampus Johor Bharu (Diploma In Nursing) dan Kampus Pulau Pinang (Diploma In Pharmacy) juga kemasukan dalam bulan Februari, Julai dan September 2020.

 

 

 

KURSUS DITAWARKAN

KPJUC menawarkan kursus-kursus Diploma In Nursing, Pharmacy, Physiotheraphy, Medical Imaging, Health Information Management , dan kursus baru Diploma In Healthcare Management serta Foundation.

KPJUC menawarkan kursus-kursus tersebut dengan harapan untuk meningkatkan penyertaan anda dalam bidang Sains Kesihatan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan sebaik anda menamatkan pengajian.

Kami sebutkan di sini bahawa KPJUC yang mempunyai lebih 26 buah hospital pakar memang memerlukan graduan kami untuk berkhidmat di hospital pakar kami. Kami memerlukan Jururawat, ahli Farmasi, Pengendali mesin imbas, pengendali rekod perubatan dan juga ahli phisioterapi di hospital kami.

Ringkasnya, anda telah disediakan peluang pekerjaan sebaik menamatkan pengajian dengan kami. Hospital akan menemuduga anda untuk pengambilan sebagai staf di hospital kami. Ini yang dapat kami sediakan untuk anda dengan syarat anda lulus dengan pointer yang bagus dalam akademik dan praktikal di samping sahsiah yang baik dan diperakukan untuk mencapai tahap hospital kami yang professional.

Anda boleh memohon sekarang SECARA ONLINE DALAM PERMOHONAN KAMI.

Koleksiminda adalah Penasihat Pendidikan KPJUC yang sah dan berdaftar. Anda boleh bertanya melalui whatsapps (0129026198) atau email (koleksiminda@gmail.com) untuk mendapat gambaran dan maklumat yang diperlukan.

Program pengajian Diploma kami mengambil masa 3 tahun dan diluluskan oleh MQA. Sudah berpuluh ribu lulusan kami dan telah bekerja dengan kami. Anda fikir bagaimana? Adakah anda mahu memiliki Diploma tetapi menganggur. Kami tidak suka mendengar perkataan menganggur kerana tujuan anda belajar adalah untuk bekerja. jadi mohonlah segera.

Anda boleh melihat soal-jawab mengenai peluang ini di SINI. Anda boleh melihat syarat-syarat kemasukan di dalam setiap page bagi kursus berkenaan. Setiap mereka yang ditawarkan masuk ke KPJUC kami akan maklumkan di SINI.

Jika anda memohon, kami tidak meminta satu sen pun dari anda. Ianya percuma. Kami akan verify samada anda layak atau tidak. Jika layak, sistem kami akan mengeluarkan surat tawaran dan terus dihantar ke email anda. Mudah bukan.

Anda mohon, ditawarkan tetapi tidak mahu masuk kerana memikirkan tawaran lain lebih menarik. Anda bebas membuat pilihan, kami tidak memaksa.

Jika anda ingin menukar untuk masuk ke intake seterusnya, kami benarkan, dengan syarat maklumkan kepada kami untuk kami keluarkan surat tawaran yang baru.

Memanglah, sepanjang anda belajar di sini anda akan dibiayai melalui Pinjaman PTPTN. Biasanya sekarang 80% dari yuran pengajian.

BIASISWA

Bakinya anda boleh gunakan KWSP ibu bapa atau anda boleh berbincang dengan Bahagian Akaun kami untuk mendapatkan cara bayaran yang fleksibel baki bagi pinjaman itu.

KPJUC juga ada menawarkan biasiswa dengan berpandukan syarat-syarat tertentu.

Satu lagi, Hostel Siswa dan Siswi tahun 1 kami ditempatkan di dalam Kampus, bersebelahan dengan dewan pengajian. Hostel kami adalah PERCUMA untuk anda.

Apa lagi yang terbaik dari ini?

Kami persilakan anda memohon sekarang kerana pengambilan adalah terhad kepda 400 orang sahaja untuk intake ini. Mohon sekarang di SINI

Categories
Motivasi hidup

Saya Tidak Mengejar Duit

Salam Sejahtera,

Sebenarnya ramai orang tidak suka bicarakan perkara ini. Persepsi yang negatif akan timbul apabila orang berkata…

” Bila awak ada wang, awak kaya, awak boleh cakaplah awak tidak mengejar wang, (im not chasing the money) tetapi semua orang mengejar duit setiap masa, termasuk saya”.

Ini persepsi.

Saya juga berpuluh-puluh tahun mengejar wang. Setiap hari, nampak ada saja disebut orang perkara yang mendatangkan wang, saya terkejar-kejar untuk mendapatkannya.

Saya menulis ini selepas membaca komentar-komentar netizen tentang ‘duit raya’. Heboh. Kecoh pasal duit raya.

” Wajib ke kita bagi duit raya?.

Duit orang yang dipertikaikan orang. Bukan duit kita. Orang nak bagi itu pun dah cukup bersyukur. Berterima kasihlah lah kepada yang memberi itu.

Kita lihat pemberian RM5 itu terlalu kecil kerana orang itu rumahnya banglo, keretanya BMW dan pendapatannya juta-juta, lalu kita pun mengutuklah kerana ia memberi kita RM5.00 sahaja.

Pernahkah kita terfikir, orang ke, saudara ke yang beri RM 5.00 kepada kita itu telah memberi nilai yang sama juga kepada 999 orang lagi..???. Berapa banyak yang ia laburkan tanpa sedikit pun meminta dengan kita.

Adakah dia mahu pelaburan pahalanya itu diminta untuk di rakam dan masuk TV atau Facebook?. Tentu tidak. Dia berbakti dengan ikhlas.

” Laba sedikit dikongsikan, laba banyak di agihkan”. Bukan tamak seperti kita.

Kerana itu, kita perlu mempunyai beberapa prinsip tentang wang.

Pertama Janganlah terlalu beremosi dengan wang. Emosi yang melampau menjadikan kita orang yang taksub dengan wang yang akan menghancurkan kita juga.

Kedua: Janganlah menjadi hamba wang. Melihat wang itu seperti tuan besar dan kita sanggup menjadi hamba, melutut, meminta, menyembah sehingga hilang harga diri. Sedangkan jika itu bukan rezeki kita, ia tidak akan menjadi milik kita.

Ketiga: Usahlah memaparkan kebodohan kita dengan wang. Kita manusia biasanya akan menjadi kurang rasional dengan wang. Tularan media sudah membuktikan kebodohan kita bila berhadapan dengan wang. Kita sanggup mengaibkan pemberi semata-mata untuk meraskan kita sudah puas hari. Hukum ‘what you give, you will get back” atau balasan akan segera hadir. Kebodohan menjadikan anda memalukan diri sendiri.

Keempat: Anda perlu mencipta sesuatu yang bernilai dari wang itu, bukan menggunakan semata-mata. Jika anda mendapat RM 5.00 ringgit, anda boleh GANDAKAN ia menjadi RM35.00 pada NILAI ALLAH TAALA atau lebih dari itu. Pahala dapat, dosa terhindar.

Itulah, saya mungkin tidak berbuat demikian, tetapi dalam hati pemberi itu, dia telah memanggil wang, memanggil rezekinya dari sedekahnya.

Kita:??

Terima kasih

 

Categories
Motivasi hidup

Kerana Selangkah…!!!

Salam sejahtera,

Pastinya hari ini semua kita mahu kehidupan yang ceria dan bahagia. Itu bukan keinginan semata-mata tetapi ia adalah satu dari tujuan dalam kehidupan.

Tiada siapa yang tidak inginkah kejayaan, kemudahan, kesenangan, kekayaan dan penghargaan dalam kehidupannya. semua. Kita mahu semua itu menjadi milik kita. Kerana itu setiap orang yang berjaya mencapai kemuncaknya, akan merasa puas, bangga, hebat dan sebagainya. Terasa seperti ingin terbang ke awan meraikan kejayaan.

 

Namun… biasanya halangan paling besar adalah Langkah Pertama.

Langkah pertama itu ” Kita adalah sebenarnya kita”. We are real. Itulah diri kita sebenarnya kerana kita bersusah payah bermula dari bawah. Kita sudah ada ilmu, cukup pendidikan, semangat sudah melepasi tahap keperluan untuk bertindak. Kita sudah memulakan langkah dan kita sudah mendapat yang asasnya untuk kita. Kita bekerja dan bergaji, mempunyai pendapatan yang setara keperluan tatapi kita perlukan lebih lagi. Itu kita, penuh dengan keazaman untuk ‘naik’, berada setaraf atau di atas dari orang lain. 

“We Are Real”. Ini tahap pertama kita mula melangkah untuk mendapatkan beberapa lagi tahap yang kita sangat inginkan. 

Sebelum ini kita cari seberapa ramai kawan, kita meminta nasihat orang lain, kita bergantung harap, kita peramah, kita menyapa, kita membalas senyuman dan sapaan, kita dengar komen dengan penuh minat, kita akur bila dikritik, kita betulkan ketelanjuran. Pendek kata kita tidak ego, tidak sombong, tidak besar kepala. Tidaklah menampakkan bahawa kita itu hebat sangat kerana kita masih di bawah. Kekurangan.

Namun, bila kita berada di anak tangga pertama, realiti, ia adalah cabaran paling utama. Ramai kita bila diperingkat ini terasa seperti ‘aku hebat dan aku sebenarnya boleh lakukan, aku pedulikan apa teguran mereka, mereka mungkin berniat jahat atau dengki kepada aku. Biarkan mereka, pedulikan. Mereka tak berada dalam kasut aku mana mereka tahu. Mereka tak rasa. Jika mereka tak sudi bersahabat dengan aku, aku boleh cari sahabat lain yang setara dengan aku. Pedulikanlah. tak perlu aku menyapa atau membalas sapaan. 

Ini adalah reliti diri kita yang baru menapak satu anak tangga kejayaan. Orang yang sudah berjaya di atas sana melihat kita dengan rasa kita penuh dengan kebodohan. Ketawa dan kecewa. 

Kesilapan Pertama

Ini adalah kesilapan pertama kita lakukan. Kita seperti mengalami kejutan kejayaan. Kejayaan yang kecil itu menjadikan kita terasa seperti di awangan. Kita rasa seperti kita sudah mencapai cita-cita kita pada hal jauh lagi untuk sampai di kemuncak kejayaan. Jauh.

Tidak Sedar

Kita mungkin tidak sedar bahawa kita telah membuat kesilapan. Kesilapan yang mungkin akan menggagalkan seluruh usaha kita untuk berada di puncak. Mudah. Semua orang membuat kesilapan tetapi tidak ramai yang sedar atau mahu mengakui kesilapan. Itu ego namanya.

Betulkan Kesilapan

Sebelum lebih ramai orang enggan melihat kita, mula menyisih kita, atau rasa tersisih dengan keegoan kita, adalah lebih baik kita belajar sendiri melihat kesilapan kita. Jangan sampai semuanya melabelkan kita ‘ego’ dan sombong. Betulkan kesilapan itu segera atau anda tidak akan sampai ke puncaknya…!!!.

Kembali seperti sikap sediakala, positif dan lebih tawaddhuk, mesra, menghargai, sapa dan menyapa, cepat membalas spaan, salam, teguran. Bukan lagi memberi alasan bahawa “sekarang aku makin sibuk, maaf tidak dapat menjawab, next time i will answer you atau menjawab selepas beberapa jam. Ini tidak mesra laluan kejayaan. Ini menghancurkan. Jika sedar salah, katakan ‘maafkan saya’. 

Peluang Kedua

Selepas itu kita akan punyai peluang kedua untuk meneruskan mendaki tangga itu. Kita ada. Kita tidak akan gagal kerana realiti membuat kesilapan yang pertama telah pun diatasi.

Semoga sedikit garapan ini membuka minda kita untuk memikirkannya. Ini jua pesanan saya untuk diri saya. Saling sapa menyapa kerana kita satu keluarga dalam satu negara.

Terima kasih, Salam sayang dari saya.

Wan.