Categories
Uncategorized

Jemputan Memohon Intake Julai 2019 KPJUC

Salam Sejahtera Para Lepasan SPM dan STPM 2018

Apa khabar Anda Semua? Saya harap anda sihat sejahtera sementara menunggu keputusan SPM anda sedikit masa lagi. Semoga anda mendapat kejayaan yang cemerlang.

Anda wajar terus membaca maklumat dibawah ini. Saua perjelaskan bahawa KPJ University College sedang membuat Pengambilan bagi Kemasukan 15 hb Julai 2019 bagi Kampus Induk Kota Seriemas, Negeri Sembilan.

 

Selain itu, kami juga sedang membuat pengambilan bagi Kampus Johor Bharu (Diploma In Nursing) dan Kampus Pulau Pinang (Diploma In Pharmacy) juga kemasukan dalam bulan Julai 2019.

KPJUC menawarkan kursus-kursus Diploma In Nursing, Pharmacy, Physiotheraphy, Medical Imaging, Health Information Management serta Foundation.

KPJUC menawarkan kursus-kursus tersebut dengan harapan untuk meningkatkan penyertaan anda dalam bidang Sains Kesihatan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan sebaik anda menamatkan pengajian.

Kami sebutkan di sini bahawa KPJUC yang mempunyai lebih 26 buah hospital pakar memang memerlukan graduan kami untuk berkhidmat di hospital pakar kami. Kami memerlukan Jururawat, ahli Farmasi, Pengendali mesin imbas, pengendali rekod perubatan dan juga ahli phisioterapi di hospital kami.

Ringkasnya, anda telah disediakan peluang pekerjaan sebaik menamatkan pengajian dengan kami. Hospital akan menemuduga anda untuk pengambilan sebagai staf di hospital kami. Ini yang dapat kami sediakan untuk anda dengan syarat anda lulus dengan pointer yang bagus dalam akademik dan praktikal di samping sahsiah yang baik dan diperakukan untuk mencapai tahap hospital kami yang professional.

Anda boleh memohon sekarang SECARA ONLINE DALAM PERMOHONAN KAMI. Koleksiminda adalah Penasihat Pendidikan KPJUC yang sah dan berdaftar. Anda boleh bertanya melalui whatsapps atau email untuk mendapat gambaran dan maklumat yang diperlukan. 

Program pengajian Diploma kami mengambil masa 3 tahun dan diluluskan oleh MQA. Sudah berpuluh ribu lulusan kami dan telah bekerja dengan kami. Anda fikir bagaimana?

Adakah anda mahu memiliki Diploma tetapi menganggur. Kami tidak suka mendengar perkataan menganggur kerana tujuan anda belajar adalah untuk bekerja. jadi mohonlah segera.

Anda boleh melihat soal-jawab mengenai peluang ini di SINI.

Anda boleh melihat syarat-syarat kemasukan di dalam setiap page bagi kursus berkenaan.

Setiap mereka yang ditawarkan masuk ke KPJUC kami akan maklumkan di SINI.

Jika anda memohon, kami tidak meminta satu sen pun dari anda. Ianya percuma. Kami akan verify samada anda layak atau tidak. Jika layak, sistem kami akan mengeluarkan surat tawaran dan terus dihantar ke email anda.

Mudah bukan. Anda mohon, ditawarkan tetapi tidak mahu masuk kerana memikirkan tawaran lain lebih menarik. Anda bebas membuat pilihan, kami tidak memaksa.

Jika anda ingin menukar untuk masuk ke intake seterusnya, kami benarkan, dengan syarat maklumkan kepada kami untuk kami keluarkan surat tawaran yang baru.

Memanglah, sepanjang anda belajar di sini anda akan dibiayai melalui Pinjaman PTPTN. Biasanya sekarang 80% dari yuran pengajian. Bakinya anda boleh gunakan KWSP ibu bapa atau anda boleh berbincang dengan Bahagian Akaun kami untuk mendapatkan cara bayaran yang fleksibel baki bagi pinjaman itu.

KPJUC juga ada menawarkan biasiswa dengan berpandukan syarat-syarat tertentu.

Satu lagi, Hostel Siswa dan Siswi tahun 1 kami ditempatkan di dalam Kampus, bersebelahan dengan dewan pengajian. Hostel kami adalah PERCUMA untuk anda.

Apa lagi yang terbaik dari ini?

Kami persilakan anda memohon sekarang kerana pengambilan adalah terhad kepda 400 orang sahaja untuk intake ini.

Mohon sekarang di SINI

× Whatsapp