Categories
Motivasi hidup

Kerana Selangkah…!!!

Salam sejahtera,

Pastinya hari ini semua kita mahu kehidupan yang ceria dan bahagia. Itu bukan keinginan semata-mata tetapi ia adalah satu dari tujuan dalam kehidupan.

Tiada siapa yang tidak inginkah kejayaan, kemudahan, kesenangan, kekayaan dan penghargaan dalam kehidupannya. semua. Kita mahu semua itu menjadi milik kita. Kerana itu setiap orang yang berjaya mencapai kemuncaknya, akan merasa puas, bangga, hebat dan sebagainya. Terasa seperti ingin terbang ke awan meraikan kejayaan.

 

Namun… biasanya halangan paling besar adalah Langkah Pertama.

Langkah pertama itu ” Kita adalah sebenarnya kita”. We are real. Itulah diri kita sebenarnya kerana kita bersusah payah bermula dari bawah. Kita sudah ada ilmu, cukup pendidikan, semangat sudah melepasi tahap keperluan untuk bertindak. Kita sudah memulakan langkah dan kita sudah mendapat yang asasnya untuk kita. Kita bekerja dan bergaji, mempunyai pendapatan yang setara keperluan tatapi kita perlukan lebih lagi. Itu kita, penuh dengan keazaman untuk ‘naik’, berada setaraf atau di atas dari orang lain. 

“We Are Real”. Ini tahap pertama kita mula melangkah untuk mendapatkan beberapa lagi tahap yang kita sangat inginkan. 

Sebelum ini kita cari seberapa ramai kawan, kita meminta nasihat orang lain, kita bergantung harap, kita peramah, kita menyapa, kita membalas senyuman dan sapaan, kita dengar komen dengan penuh minat, kita akur bila dikritik, kita betulkan ketelanjuran. Pendek kata kita tidak ego, tidak sombong, tidak besar kepala. Tidaklah menampakkan bahawa kita itu hebat sangat kerana kita masih di bawah. Kekurangan.

Namun, bila kita berada di anak tangga pertama, realiti, ia adalah cabaran paling utama. Ramai kita bila diperingkat ini terasa seperti ‘aku hebat dan aku sebenarnya boleh lakukan, aku pedulikan apa teguran mereka, mereka mungkin berniat jahat atau dengki kepada aku. Biarkan mereka, pedulikan. Mereka tak berada dalam kasut aku mana mereka tahu. Mereka tak rasa. Jika mereka tak sudi bersahabat dengan aku, aku boleh cari sahabat lain yang setara dengan aku. Pedulikanlah. tak perlu aku menyapa atau membalas sapaan. 

Ini adalah reliti diri kita yang baru menapak satu anak tangga kejayaan. Orang yang sudah berjaya di atas sana melihat kita dengan rasa kita penuh dengan kebodohan. Ketawa dan kecewa. 

Kesilapan Pertama

Ini adalah kesilapan pertama kita lakukan. Kita seperti mengalami kejutan kejayaan. Kejayaan yang kecil itu menjadikan kita terasa seperti di awangan. Kita rasa seperti kita sudah mencapai cita-cita kita pada hal jauh lagi untuk sampai di kemuncak kejayaan. Jauh.

Tidak Sedar

Kita mungkin tidak sedar bahawa kita telah membuat kesilapan. Kesilapan yang mungkin akan menggagalkan seluruh usaha kita untuk berada di puncak. Mudah. Semua orang membuat kesilapan tetapi tidak ramai yang sedar atau mahu mengakui kesilapan. Itu ego namanya.

Betulkan Kesilapan

Sebelum lebih ramai orang enggan melihat kita, mula menyisih kita, atau rasa tersisih dengan keegoan kita, adalah lebih baik kita belajar sendiri melihat kesilapan kita. Jangan sampai semuanya melabelkan kita ‘ego’ dan sombong. Betulkan kesilapan itu segera atau anda tidak akan sampai ke puncaknya…!!!.

Kembali seperti sikap sediakala, positif dan lebih tawaddhuk, mesra, menghargai, sapa dan menyapa, cepat membalas spaan, salam, teguran. Bukan lagi memberi alasan bahawa “sekarang aku makin sibuk, maaf tidak dapat menjawab, next time i will answer you atau menjawab selepas beberapa jam. Ini tidak mesra laluan kejayaan. Ini menghancurkan. Jika sedar salah, katakan ‘maafkan saya’. 

Peluang Kedua

Selepas itu kita akan punyai peluang kedua untuk meneruskan mendaki tangga itu. Kita ada. Kita tidak akan gagal kerana realiti membuat kesilapan yang pertama telah pun diatasi.

Semoga sedikit garapan ini membuka minda kita untuk memikirkannya. Ini jua pesanan saya untuk diri saya. Saling sapa menyapa kerana kita satu keluarga dalam satu negara.

Terima kasih, Salam sayang dari saya.

Wan.

× Whatsapp