Categories
Uncategorized

Kenapa Jadi Malas?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA…  

Hari ini sempat saya menulis satu artikel ini sahaja. Judul yang mudah dan tidak lah begitu hebat. Namun, mari kita berfikir sejenak tentang kehebatan otak kita yang dikurniakan oleh allah. Tuhan berikan kita otak. Ianya sama juga dengan haiwan, tetapi otak kita diberika lebih kerana Allah kurniakan akal.

Setiap bahagian otak kita berfungsi mengikut apa yang telah dimandatkan kepadanya apabila kita berusaha merealisasikan fungsi itu. Jika kita membiarkannya, tidak menggunakannya, akhirnya ia menjadi tumpul. Dalam bahasa kasarnya ianya terpendam, maka kita akan menjadi bodoh.

Kita mula belajar dengan aktif sewaktu kita mula dilahirkan. Agaknya sewaktu itu kita rasa keperluan untuk diri sendiri itu menjadi keutamaan. Maka kita sudah mula belajar untuk mencapai hasrat kita. 

Hari ini sempat saya menulis satu artikel ini sahaja. Judul yang mudah dan tidak lah begitu hebat. Namun, mari kita berfikir sejenak tentang kehebatan otak kita yang dikurniakan oleh allah.

Sewaktu kita dilahirkan dahulu, tanpa kita sedari kita telah mula berfikir. Berfikir untuk menangis, berfikir untuk makan kerana lapar dan berfikir untuk keselesaan diri.   apa tidaknya, setelah selamat kita keluar dari rahim ibu, kita akan memulakan hidup dengan mengeluarkan suara.

Menangis. Walaupun tiada siapa yang mengajar kita menangis semasa berada dalam rahim ibu, kita sudah pandai menangis tatkala belum sampai sesaat kita hadir kedunia. Kita menangis, suara yang kuat, memberitahu bahawa kita telah dihidupkan oleh Allah di atas muka bumi. Kita akan diam menangis apabila kita dimandikan, dibersihkan dan diberi selimut (bedung). maka tatkala itu kita merasa selesa.

Keselesaan itu telah menjadikan kita diam dan…dan.. Kita akan menangis semula apabila kita terasa perut sudah lapar. Maka si ibu akan menyusukan kita. Siapa yang mengajar kita?.  

Maka, tatkala itulah kita susah mula menuntut ilmu. Ilmu yang dihidayahkan oleh Allah secara tidak sedar yang menjadikan kita pandai merasa tidak selesa, lapar dan dahaga.

Kenapa Jadi Pemalas?

Maka hari ini kita perlu berfikir bahawa jika sewaktu kecil itu aku sudah mula mendapat ilmu yang dihidayahkan oleh Allah, kenapa pula hari ini ketika umurku sudah 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun AKU MENJADI PEMALAS untuk menuntut ilmu???.

Kenapa demikian??? Maka sewajarnya hari ini aku perlu berfikir bahawa menuntut ilmu itu adalah kewajipan dari alam sebelum lahir hinggalah akhir hayat. Kerana ianya wajib dan diwajibkan. Fikirlah….Orang malas itu selalu rugi. Sangat rugi.

Peringatan

Sudah banyak peringatan diberikan. Bukan sahaja oleh ibu bapa atau guru, malah dalam kitab juga sudah diperingatkan. Tiada siapa akan merubah nasib kamu melalinkan kamu yang mengubahnya sendiri. 

Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap Muslim tetapi ramai anak Muslim yang menjadi kutu rayau, kutu ponteng, tegar dan langsung tidak kasihankan diri sendiri. Inilah kelompok yang selalunya akan menyesal nanti. Setelah menyesal mereka akan mula menyalahkan ibu bapa, kawan dan paling teruk mereka menyalahkan takdir Allah sedangkan Allah sudah ingatkan dari awal lagi.

Sesal Tak Sudah

Jangan sombong..!!. Bila nanmpak menulis tentang sesal tak sudah, anda mencebik bibir. Anda kata tidak pernah menyesal. Sudahlah. Terimalah hakikat bahawa orang-orang yang terdahulu yang malas belajar sekarang ini mula menyesali atau telah menyesali nasib mereka. Ada yang berjaya, bukan tiada. tetapi hanya segelintir sahaja. Biasanya apabila berlaku perbualan tentang nasib masing-masing, barulah mereka yang malas ini mengakui menyesal kerana dahulunya mereka adalah kelompok pelajar pemalas.

“Apa awak susah, saya malas, saya susah, saya tak minta nasi awak”. Mungkin ini terdedik dalam hati orang yang sedang membaca tetapi anda akan marah jika anak anda malas kerana anda tahu kesannya. Anda pernah melaluinya dan anda tahu musibahnya. Penyesalan demi penyesalan akan timbul dalam benak orang pemalas, namun kerana ego, dia diamkan. sedarlah, malas tidak membawa apa-apa keuntungan. 

Sebenarnya setiap orang mempunyai keupayaan untuk membuang rasa malas itu. Cuma, ia bergantung kepada otaknya. Jika otaknya digunakan, maka ia akan membuang jauh rasa malas itu.

Buang rasa malas dengan kesungguhan, dengan waras dan dengan istiqamah. Anda akan berjaya mengubah masa hadapan anda dan keluarga anda. Bukan sedikit, tetapi seluruh kehidupan anda dunia dan akhirat.

Categories
Uncategorized

Apa itu Sains Aktuari?

APA ITU SAINS AKTUARI  

Bidang aktuari adalah bidang yang agak asing bagi kebanyakan orang dan merupakan salahsatu bidang yang belum mendapat perhatian daripada golongan muda sedangkan permintaantenaga mahir di bidang ini begitu diperlukan.

Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insuransdalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Apa, yang pastitenaga kerja bumiputera yang lulus di dalam bidang mi masih kurang.Skop bidang mi meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuanyang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.Tujuan utama program ini untuk menyediakan pengetahuan asas yang diperlukan oleh ahliaktuari.

Program ini juga bertujuan untuk menyediakan para lulusan universiti yang berkaliber bagi mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang bersangkutan dengannya.Pelajar yang ingin mengikuti program ini dan memilihnya sebagai kerjaya perlumempunyai kemahiran matematik dan bahasa Inggeris yang baik. Kemahiran pengurusan dankomunikasi yang berkesan juga penting memandangkan seorang aktuari itu perlu berjumpadan berbinang dengan orang ramai.!ntuk memperoleh kemahiran tersebut, semasa pengajian pelajar akan didedahkandengan pengajian asas matematik seperti statistik, kuantitati”, algebra dan sebagainya. Selainitu, pelajar didedahkan dengan asas ekonomi, matematik kewangan, asas perakaunan dankewangan, matematik aktuari, kaedah berangka, kaedah statistik, teori risiko, analisis pelaburan dan pengurusan port”olio, perancangan dan pengawalan aktuari dan isu#isu dalam sains aktuari.

Peluang kerjaya memang erah apabila memilih bidang ini. Kurikulum yang diatur bukan hanya memberi penekanan terhadap kemahiran matematik tetapi juga di dalam bidangekonomi, perakaunan dan sains. 

Bagi pelajar yang menyedari bahawa kerjaya ini mempunyai prospek yang luas tentunyasains aktuari menjadi pilihan. Bagi mereka yang berminat dengan angka-angka, kerjaya di bidang sains aktuari adalah pilihan yang tepat, ini kerana tugas ahli aktuari ialah membuatta”siran untuk menari nilai yang melibatkan nilai tanah, aset atau insurans.

Selain itu, lulusan bidang mi boleh menceburi pekerjaan seperti pegawai pengauditan, pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat insurans, perunding aktuari dan pengurus.  

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN ialah Meminati bidang ini. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi Mahir di bidang komputer Mempunyai kemahiran menganalisis.

INI PENGALAMAN YANG HEBAT… SILA BACA

Saya muatkan lagi di sini satu perikan dari Blog Amiratulnadiahhasan.wordpress.com  yang membicarakan tentang apa itu Sains Aktuari dari pengalamannya sendiri. Namun, yang ingin saya pesan di sini, bukan hanya anda membaca apa yang di salin  dari pengalaman Amiratul tetapi anda perlu melihat lebih 500 komen dan pandangan,  respon para pembaca mengenai Sains aktuari kerana ini akan menjelaskan lagi  pengetahuan anda tentang Sains Aktuari.

Komen-komen itu anda boleh lihat di sini

” Murid-murid, dah besar nanti nak jadi apa??”

“doktor!” “cikgu!” “polis!” “Jurutera!”

“Saya nak jadi seorang aktuari!”

Bayangkan kalau ada seorang anak murid menjawab hendak menjadi seorang aktuari, pasti cikgu akan   menggaru-garu kepala, tertanya-tanya, mungkin juga selepas itu terus surf internet, mencari makna ‘aktuari’. 

Apa agaknya, berkaitan laut ke??marin ke??ada pula perkataan sains kat depan tu?? Saya selalu tergelak, apabila orang bertanya tentang kos yang saya pilih, semua akan membuat muka pelik  bila saya menyebut kos ‘sains aktuari’.

Payah untuk saya menjawab kerana saya pun tidak tahu bagaimana  untuk menerangkan dengan sejelasnya. Ada yang mengatakan kos berkaitan laut kerana mungkin bunyinya  dekat-dekat dengan ‘akuari’, mungkin. Saya akan sedaya upaya menerangkan atau untuk mudah, saya akan  menjawab, lebih kurang sains matematik, banking, insurans. Saya pun tidak pasti adakah penerangan itu yang  terbaik, tetapi itu sahaja yang mampu saya terangkan lantaran saya juga baru sahaja memasuki alam aktuari ini. Jadi pada post saya kali ini, saya akan berkongsi sedikit tentang kursus ini bagi menerangkan kepada sesiapa yang  masih tertanya-tanya, dan juga untuk adik-adik yang akan menamatkan peperiksaan SPM tidak lama lagi. 

Sedikit sebanyak mungkin mereka akan berminat untuk mengambil kursus ini. Di Malaysia, kursus ini masih tidak berkembang dengan pesat  tetapi nampaknya kini keperluan seorang  aktuari semakin dirasai oleh syarikat-syarikat besar. 

Baru-baru ini, kakak saya menghadiri pameran kerjaya  di UKM dan melihat kebanyakan syarikat-syarikat besar kini memerlukan seorang aktuari. Pada saya,  ini perkembangan yang baik kerana apabila saya menamatkan pengajian nanti, lebih mudah untuk saya mendapat pekerjaan 🙂

Setakat ini, dalam pengetahuan saya, cuma ada beberapa buah universiti sahaja di Malaysia yang menawarkan kursus ini  iaitu UKM (sarjan muda), UITM (diploma dan sarjana muda), USIM dan saya baru terbaca baru-baru ini di Institut Sains  Matematik Universiti Malaya juga ada menawarkan bidang Sains Matematik pengkhususan dalam Matematik Aktuari dan  Kewangan.

Bagi di luar negara pula, negara yang bagus untuk kursus ini ialah USA, UK dan Australia. Untuk tajaan JPA,  biasanya JPA akan menghantar ke US atau Australia untuk sains aktuari, seperti saya, saya akan dihantar ke US dan sekarang  saya sedang menjalani American Degree Transfer Program (ADTP). Kalau tiada aral melintang dan dengan izin Allah,  saya akan ke sana pada musim luruh tahun 2010 🙂

Yang pasti membuatkan ia lebih menarik lagi ialah, kerjaya aktuari ini adalah antara 25 most highest paid job pada masa sekarang! Apakah yang dimaksudkan dengan sains aktuari? Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program- program kewangan yang lain.

Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang  aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model  matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian  pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu  menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan. Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik  kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat.

Pengiraan  dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak  melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan,  sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi. 

[1] Siapa yang sesuai untuk menjadi aktuari?

Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik. Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit. Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar. Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain. Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik. Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan. 

[1] Kebolehan yang baik dalam matematik untuk membolehkan pentafsiran ,penganalisaan dan penyelesaian masalah dilakukan. Pandangan praktikal Minda yang sentiasa analitis Boleh menghadapi masalah kewangan,pengurusan dan perhubungan manusia Boleh bertutur dan menulis dengan baik untuk tujuan komunikasi Pendidikan universiti dalam bidang matematik, statistic dan Sains aktuari. Boleh membuat keputusan dengan baik,mempunyai imaginasi dan berfikiran logic Kefahaman mendalam dalam ekonomi am,kecenderungan sosial ,perundangan dan kesihatan

[2] Ini adalah sedikit sebanyak tentang sains aktuari di Malaysia. Mungkin apabila saya sudah menyambung pelajaran  di US saya boleh menceritakan tentang kursus ini di sana pula,insyaAllah. Tetapi setakat pengetahuan saya kini,  subjek teras bagi sains aktuari ini ialah economics, calculus dan accounting. Adik-adik yang mengambil aliran sastera di sekolah juga boleh mengambil kursus ini, cuma perlu mendapat A  dalam matematik dan matematik tambahan. Juga bagi sesiapa yang mahu ke luar negara, pastikan  Bahasa Inggeris dan Sejarah jangan diabaikan. Untuk mendapat tajaan ke luar negara, pada kebiasaannya  penaja menetapkan sekurang-kurangnya 8A atau 8 1A. Jadi bagi yang sudah berhajat untuk ke luar negara,  mulakan langkah dari sekarang. Plan your life!

Categories
Uncategorized

Bagaimana Berubah?

BAGAIMANA  UNTUK BERUBAH

” Sekali air bah, sekali pasir berubah”.

Perumpamaan ini berkait rapat dengan  kehidupan kita. Namun, perubahan pada pasir itu hanya berlaku jika air bah. Jika kita ibaratkan kita adalah ‘pasir’ itu, maka pasir hanya akan berubaha bila dilanda iar bah.

Jadi, dalam kehidupan kita jika kita menunggu air bah itu, dan ia tidak berlaku, maka kita juga tidak lah berubah. Sampai bila menunggu jika ia tidak bah? Kita bicarakan di sini bahawa kita perlu sentiasa berubah. Berubah dari situasi yang kurang kepada yang lebih. Persoalannya kini, apakah yang perlu DIUBAH bagi menjadikan kita lebih baik dari sekarang.

“CHANGE”

Saya berikan tajuk kita hari ini dalam Bahasa Inggeris, namum, ulasannya sama-sama kita fikirkan. Baca

Pertamanya

“Change Your ‘Character’ ”

Ubah ciri-ciri diri anda. Jika memiliki ciri-ciri diri yang tergolong dalam ciri yang negatif, tukar kepada yang positif. Malas kepada rajin, jahat kepada baik, ponteng kepada hadir, nanti dulu kepada lakukan sekarang, selekeh kepada kemas dan sebagainya.

Hakikatnya ciri-ciri diri inilah yang mempengaruhi segala perlakuan dan tindakan anda. Ini bermakna jika anda mahu melakukan perubahan anda perlu melakukan perubahan pada ciri-ciri diri anda terlebih dahulu.. Mari kita lakukan…

6 ciri karektor yang wajar dijanakekalkan…

Kebolehpercayaan (Trustworthiness)

Bersikap jujur ??• Jangan menipu, menipu, atau mencuri • dipercayai – kata dikota • Berani kerana benar • Membina reputasi yang baik • setia – setia kepada keluarga, rakan-rakan anda, dan negara.

Menghormati (Respect) Menghormati orang lain ; mengikut Peraturan • bertolak ansur dan menerima perbezaan • Beradab sopan, Hindar bahasa buruk • mempertimbangkan perasaan orang lain • Jangan mengugut, memukul atau menyakiti sesiapa • Kawal kemarahan, penghinaan, dan perselisihan.

Bertanggungjawab (Responsibility) Lakukan apa yang perlu anda lakukan . Rancang masa hadapan. Bersabar dan terus mencuba. buat yang terbaik. Disiplin diri sendiri. Berfikir sebelum bertindak. belajar meramal kesan tindakan. Bertanggungjawab pada kata-kata, tindakan dan sikap anda. Jadi contoh pada orang lain.

Keadilan (Fairness) Menggunakan peraturan • Mengikut giliran dan berkongsi • berfikiran terbuka; mendengar pandangan orang lain • Jangan mengambil kesempatan daripada orang lain • Jangan menyalahkan orang lain tidak berhati-hati • Rawat semua rakyat dengan adil

Penyayang (Caring) Berbuat baik • berkasih sayang dan tunjukkan sikap ambil berat anda •mengucapkan terima kasih • Memaafkan • Membantu orang lain

Kewarganegaraan (Citizenship)

Apakah sumbangan anda untuk membuat sekolah dan masyarakat yang lebih baik • Bekerjasama • Libatkan dalam hal ehwal masyarakat • Sentiasa hadir dan mengambil bahagian • Jadilah jiran yang baik • Mengikut undang-undang dan peraturan • Menghormati pihak berkuasa • Melindungi alam sekitar • Sukarelawan Betulkan dan janakanlah 6 dasar kearah perubahan karektor anda ini…

Kedua,

“Change Your Hope”

Ubah harapan anda. Apabila kita mula merubah ciri-ciri diri kita maka kita boleh mula mencerna harapan. Harapan adalah dokumentasi minda. Harapan itu tidak kelihatan pada mata kasar. Ia adalah ‘janaan minda’. “Aku tiada harapan dapat A’. “Aku tiada harapan lulus” . Aku tiada harapan cemerlang”. “Aku mungkin hanya boleh dapat bla bla..bla..” adalah mainan minda yang negatif berpunca dari karektor yang negatif. Maka perubahan karektor anda membolehkan harapan anda diubah. “Aku boleh berjaya, aku boleh cemerlang, aku boleh lakukan atau aku berupaya menjadi mahasiswa” adalah perubahan positif dalam harapan anda. Ia amat penting untuk menjana motivasi diri anda.

Ketiga,

“Change Your Attitude”

Ubah Sikap anda Dominasi faktor sikap dalam mempengaruhi seseorang sudah dibuktikan. Mungkin kita kurang sedar atau tidak sedar langsung sikap negatif kita. Maka sentiasalah berubah ke arah sikap yang positif. Sikap yang positif dapat membantu untuk menangani lebih mudah dengan hal-ehwal kehidupan harian. Ia membawa keyakinan ke dalam hidup anda, dan membuat ia lebih mudah untuk mengelakkan bimbang dan pemikiran negatif. Jika anda jadikan ia sebagai satu cara hidup, ia akan membawa perubahan yang membina ke dalam hidup anda, dan membuat mereka gembira, lebih cerah dan lebih berjaya. Dengan sikap yang positif anda melihat sisi terang hidup, menjadi optimistik dan mengharapkan yang terbaik untuk berlaku.Ia adalah satu keadaan fikiran yang lebih bernilai membangunkan dan memperkukuh diri anda. Manfaat daripada sikap yang positif: Membantu mencapai matlamat dan mencapai kejayaan. Kejayaan yang dicapai dengan lebih cepat dan lebih mudah. Lebih bahagia . Lebih banyak tenaga. Kekuatan kuasa dalaman yang lebih besar. Keupayaan untuk memberi inspirasi dan memotivasikan diri anda dan lain-lain. Kurang permasalahan yang dihadapi di sepanjang jalan. Keupayaan untuk mengatasi apa-apa kesukaran. Kehidupan yang menyegarkan. Anda dihormati .

Keempat,

“Change Your Needs”

Ubah Keperluan Anda.

Hirarki Maslow menggariskan keperluan-keperluan manusia. Keperluan peringkat asas, psikologi dan keselamatan sudah pasti anda nikmati dalam zaman sekarang ini kecuali bagi yang terlalu daif. Namun kejayaan memenuhi keperluan asas makan, minum, keslematan dan pakaian itu memang penting. Di peringkat sekarang anda sudah perlu mengubah keperluan kepada peringkat tinggi yakni kasihsayang, hargadiri dan penghargaan kendiri. Kasihsayang .Manusia perlu rasa semangat kekitaan dan penerimaan, sama ada ia datang dari kumpulan sosial yang besar, seperti kelab-kelab, budaya pejabat, kumpulan agama, badan-badan profesional, pasukan sukan, geng, atau sambungan sosial kecil (ahli keluarga, rakan-rakan intim, mentor, rakan-rakan rapat, confidants). Mereka memerlukan kasih sayang dan disayangi (seksual dan tidak-seksual) oleh orang lain. Pengiktirafan diri. Semua manusia mempunyai perlu dihormati dan mempunyai harga diri dan maruah diri. Diri membentangkan keinginan manusia biasa yang boleh diterima dan dihargai oleh orang lain. Orang ramai perlu untuk melibatkan diri untuk mendapat pengiktirafan. Ketidakseimbangan di peringkat ini boleh menyebabkan harga diri rendah atau rasa rendah diri. Penghargaan Diri . Contoh, “Apa yang dapat oleh seorang lelaki buat dan ada, dia mesti ada. Ini membentuk asas yang perlu dilihat untuk diri-aktualisasi. Pada tahap ini mesti ada potensi seseorang dan merealisasikan potensi dirinya .Maslow menjelaskan keinginan ini sebagai keinginan untuk menjadi lebih dan apa yang seseorang itu, untuk menjadi semua bahawa seseorang itu mampu menjadi. Jadi, jika anda ingin dihormati kini, atau masa akan datang anda amat perlu melakukan perubahan kepada keperluan anda. anda perlu dihormati, maka lakukan sekarang, bertindak sekarang untuk mengubah karakter, harapan, sikap anda untuk mendapatkan keperluan penghargaan anda dimasa hadapan.

Kelima,

“Change Your Goal”

Ubah Matlamat Anda “Apakah cita-cita kamu?” . Itu soalan guru semasa kita berada di tahun satu. anda ingat??. Jika ingat, maka ia menggambarkan bahawa semua orang sudah mempunyai matlamat semenjak ia dapat berfikir. Semasa tahun satu anda mungkin menjawab untuk menjadi guru, doktor, Kerani atau sebagainya. Ianya berkisar dari apa yang anda pernah lihat dan dengar… Kini anda berada di tahap lain.. Jika anda hany menetapkan matlamat hanya untuk lulus SPM maka anda akan mengubah 4 perkara di atas tadi sesuai dengan matlamat untuk lulus SPM sahaja. Jika anda memasang matlamat untuk mendapat 5A+ maka segala yang direncanakan akan berkisar sebanyak itu sahaja. Jika anda meletakkan matlamat ‘Mesti berjaya mendapat Ijazah..maka usaha anda adalah untuk mendapat ijazah. Berbeza jika anda meletakkan matlamat “Mendapat Ijazah Kelas Pertama” maka usaha anda akan berbeza.   Maka, untuk memastikan usaha anda yang telah dibina berasaskan perubahan C H A N … tadi akan berterusan dengan tindakan yang kukuh, maka anda perlu mengubah matlamat anda ke matlamat lebih cemerlang…

Keenam,

“Change Your Expectation”

Ubah Jangkaan Anda   “Biasa”. “Agak-agak awak dapat apa?”. Boleh ke?. Soalan yang biasa didengar. Ini adalah gambaran orang yang tidak yakin. Ia tidak yakin bukan kerana tidak mempunyai keyakinan diri tetapi kerana tiada keyakinan bahawa segala tindakannya ke arah mencapai matlamat telah dilakukan dengan sempurna. Wajarnya kita membuat jangkaan yang waras. Jika kita jangka bahawa kita tidak akan mendapat hasil seperti yang kita kehendaki dalam ‘goal’ maka tindakan lain perlu dibuat, iaitu menggandakan usaha ke arah itu. Mengubah jangkaan tidak susah tetapi mengubah jangkaan yang waras dan benar adalah susah.   Pun begitu, jika saya diberi tugas untuk meletakkan jangkaan ‘hit’ ke laman ini, saya meletakkan sasaran 10,000 hit dalam masa 3 bulan. Untuk mencapai jangkaan itu maka saya perlu melakukan promosi demi promosi dengan penggunaan pelbagai kaedah. 

Maka jelaslah mengubah jangkaan itu sangat baik kerana ia mendorong tindakan kita untuk mencapai ‘goal’ kita. Jadi ubahlah jangkaan kecemerlangan anda setinggi mungkin dan lakukan untuk kecemerlangan itu.   JIKA MAHU BERUBAH..UBAHLAH ‘CHANGE’ ..BERUBAHLAH 360 DARJAH..

Categories
Uncategorized

Bekerjalah

Salam Sejahtera,

Lama sungguh saya tidak menulis di blog ini sehingga kata laluan pun hampir lupa. Memang bernasib baik juga lah kerana sistem blogger yang bagus, boleh mengingat dan simpan melalui telefon. Baru balik dari Tanah Suci seminggu lebih, 2 Oktober 2017. Penat dah hilang tetapi ‘miong’ nya masih ada. Waktu tidur mungkin bertukar-tukar, mengantuk pada waktu yang tidak sesuai mengantuk, tidur pada waktu yang tidak sesuai tidur. Orang kata ‘jacklack’. Betul tak ejaan ni?. saya pun tak faham sangat apa maksud sebenarnya. Yang penting, selamat pergi, selamat mengerjakan Haji dan telah selamat kembali. Terima kasih kepada Lembaga Urusahn dan Tabung Haji (LUTH) atau LTH yang telah menjadikan hasrat saya sercapai dengan IZIN ALLAH. Terbaiklah Tabung Haji. Mungkin ada orang tak setuju kerana saya kata terbaik tu. Terbaik maksudnya cukup baik. Secara perbandingan. Bandingkan dengan Jemaah dari negara lain. Kita cukup tambang, cukup makan, cukup tempat tidur, cukup waktu mengerjakan haji. Berbanding dengan jemaah negara lain, jemaah Malaysia kira lebih terurus. Itu, ada banyak masalah yang timbul..!!!. Mungkin ini yang terkeluar dari satu dua mulut atau hati Jemaah.  Memanglah, 50 ribu orang orang nak diuruskan. Di sini dan di Tanah suci. Memanglah akan ada kekurangan di sana sini. Ada yan g tak sempat di urus atau yang terjadi tanpa sengaja. Ramai tu. Kalau kita ta yang menguruskannya, mungkin lagi teruk dari itu. Mungkin itu juga ujian Allah kepada Jemaah. Sabar. Kesabaran. Sejauh mana kita sabar. Terima dengan penuh keredhaan. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Ujian di Malaysia, Ujian di Madinah, Ujian di Makkah, Ujian di Arafah, Ujian di Mudzalifah dan Ujian di Mina. Tidak mudah, tetapi semuanya dapat melaksanakannya kecuali yang mati atau uzur teruk. Mabrur atau tidak itu hak Allah. Kita kena redha atas kehendaknya.Menoleh ke belakang, melihat tutur kata kita, melihat perbuatan kita, melihat pemikiran kita dan melihat hati kita. Allah tahu apa yang terdetik dalam hati kita, maka ujiannya diberi pada kita tidak sama dengan ujian yang diberikan kepada orang lain. Kita selalu juga berdoa, dengan doa ini. Kita mahu Allah terima ibadah kita. Kita mahu Allah ampunkan kekurangan dan kelemahan kita. Kita mahu Allah hindarkan kita dari siksa kubur dan siksa api neraka. Maka kita kenalah jaga supaya pemikiran, hati dan perbuatan kita tidak menjurus ke arah itu. Kita berdoa, ” Aku mohon kepadamu ya Allah, Engkau redhakanlah, permudahkanlah dan terimalah kehadiran ku ke Tanah Suci ini dan terimalah ibadat ku dan ibadat hajiku dengan Haji yang Mabrur” Apakah kerja kita di Tanah Suci? Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya kerana ini pandangan saya yang sedikit ilmu. Bagi saya mengerjakan Haji adalah kerja buat. Kerja. Kerja kita ialah melakukan kerja, kerja beribadat. melakukan niat, melakukan solat, melakukan yang sunat, melakukan ziarah, melakukan Tawaf, melakukan Sa’i, melakukan ibadah di Arafah, Mudzalifah dan Mina, melakukan lontaran di jamrah sehinggalah selesai semuanya. Lengkap.  Maka akhirnya kita mahu kita di nilai untuk mendapat HAJI YANG MABRUR setelah semua kerja yang berkaitan kita sudah lakukan. Siapa yang menilainya?. Kita?. Pegawai TH atau ?????. Kita tinggalkan cerita menilai itu. Kita pergi ke cerita ‘kerja’. Kerja beribadah dan kerja itu satu ibadah.  Kerja memanglah susah. Tiada yang tidak susah, mealainkan susah belaka. Hendak atau tidak saya perlu terus bekerja. Ia susah, kerana ia kerja. Kerja itu ibadah.Kerja itu menghasilkan rezeki. Kita selalu memohon agar Allah murahkan dan limpahkan rezeki kepada kita, keluarga kita. Rezeki tidak akan diberikan oleh Allah jika kita tidak bekerja, berusaha mencarinya. Kita duduk sahaja kita tidak mendapat rezeki. Sama seperti kita yang pergi mengerjakan haji tetapi tidak bersusah payah berdoa dan berdoa setelah bersusah payah berwukuf di Arafah. Tidak buat, tiada sah, tiada ganjarannya. Jadi bekerja lah sekuatnya, bersungguh-sungguh dengan ikhlas dan  mohon lah kepadaNya. ” Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim. Aku bermohon dengan sesunguhnya Ya Allah, Engkau limpahkanlah rezeki kepada Aku, Isteriku, Anak-anakku serta keluargaku dengan rezki yang halal, lagi mudah dan tidak di sangka-sangka. Jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika di langit turunkanlah, jika tersembunyi, zahirkanlah. Ya Rahman, kabulkanlah doaku”. Saya juga sedang bekerja sekarang. Hari-hari malah setiap masa saya bekerja melalui blog dan laman web, 24 jam, 365 hari untuk mencari rezeki yang halal ini.  Melayari nya adalah PERCUMA. memohon juga PERCUMA. Sebagai Konsultan, saya berikan maklumat dan peluag PERCUMA. Sudah ramai , 552,889 orang telah melayarinya dan beribu-ribu orang telah mendapat peluangnya.  SILA KLIK BANNER INI UNTUK TERUSKAN MELIHAT PELUANG ANDA  Begitulah, kerja tetap kena kerja samada sudah pencen atau pun tidak pencen. Cuma kerjanya saja yang berbeza. Wallahu aqlam.

Categories
Uncategorized

Selamat Datang

Selamat Datang ke Koleksiminda.com, Kpjuc

× Whatsapp