ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA…
Hari ini sempat saya menulis satu artikel ini sahaja. Judul yang mudah dan tidak lah begitu hebat. Namun, mari kita berfikir sejenak tentang kehebatan otak kita yang dikurniakan oleh allah. Tuhan berikan kita otak. Ianya sama juga dengan haiwan, tetapi otak kita diberika lebih kerana Allah kurniakan akal.
Setiap bahagian otak kita berfungsi mengikut apa yang telah dimandatkan kepadanya apabila kita berusaha merealisasikan fungsi itu. Jika kita membiarkannya, tidak menggunakannya, akhirnya ia menjadi tumpul. Dalam bahasa kasarnya ianya terpendam, maka kita akan menjadi bodoh.
Kita mula belajar dengan aktif sewaktu kita mula dilahirkan. Agaknya sewaktu itu kita rasa keperluan untuk diri sendiri itu menjadi keutamaan. Maka kita sudah mula belajar untuk mencapai hasrat kita.
Hari ini sempat saya menulis satu artikel ini sahaja. Judul yang mudah dan tidak lah begitu hebat. Namun, mari kita berfikir sejenak tentang kehebatan otak kita yang dikurniakan oleh allah.
Sewaktu kita dilahirkan dahulu, tanpa kita sedari kita telah mula berfikir. Berfikir untuk menangis, berfikir untuk makan kerana lapar dan berfikir untuk keselesaan diri. apa tidaknya, setelah selamat kita keluar dari rahim ibu, kita akan memulakan hidup dengan mengeluarkan suara.
Menangis. Walaupun tiada siapa yang mengajar kita menangis semasa berada dalam rahim ibu, kita sudah pandai menangis tatkala belum sampai sesaat kita hadir kedunia. Kita menangis, suara yang kuat, memberitahu bahawa kita telah dihidupkan oleh Allah di atas muka bumi. Kita akan diam menangis apabila kita dimandikan, dibersihkan dan diberi selimut (bedung). maka tatkala itu kita merasa selesa.
Keselesaan itu telah menjadikan kita diam dan…dan.. Kita akan menangis semula apabila kita terasa perut sudah lapar. Maka si ibu akan menyusukan kita. Siapa yang mengajar kita?.
Maka, tatkala itulah kita susah mula menuntut ilmu. Ilmu yang dihidayahkan oleh Allah secara tidak sedar yang menjadikan kita pandai merasa tidak selesa, lapar dan dahaga.
Kenapa Jadi Pemalas?
Maka hari ini kita perlu berfikir bahawa jika sewaktu kecil itu aku sudah mula mendapat ilmu yang dihidayahkan oleh Allah, kenapa pula hari ini ketika umurku sudah 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun AKU MENJADI PEMALAS untuk menuntut ilmu???.
Kenapa demikian??? Maka sewajarnya hari ini aku perlu berfikir bahawa menuntut ilmu itu adalah kewajipan dari alam sebelum lahir hinggalah akhir hayat. Kerana ianya wajib dan diwajibkan. Fikirlah….Orang malas itu selalu rugi. Sangat rugi.
Peringatan
Sudah banyak peringatan diberikan. Bukan sahaja oleh ibu bapa atau guru, malah dalam kitab juga sudah diperingatkan. Tiada siapa akan merubah nasib kamu melalinkan kamu yang mengubahnya sendiri.
Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap Muslim tetapi ramai anak Muslim yang menjadi kutu rayau, kutu ponteng, tegar dan langsung tidak kasihankan diri sendiri. Inilah kelompok yang selalunya akan menyesal nanti. Setelah menyesal mereka akan mula menyalahkan ibu bapa, kawan dan paling teruk mereka menyalahkan takdir Allah sedangkan Allah sudah ingatkan dari awal lagi.
Sesal Tak Sudah
Jangan sombong..!!. Bila nanmpak menulis tentang sesal tak sudah, anda mencebik bibir. Anda kata tidak pernah menyesal. Sudahlah. Terimalah hakikat bahawa orang-orang yang terdahulu yang malas belajar sekarang ini mula menyesali atau telah menyesali nasib mereka. Ada yang berjaya, bukan tiada. tetapi hanya segelintir sahaja. Biasanya apabila berlaku perbualan tentang nasib masing-masing, barulah mereka yang malas ini mengakui menyesal kerana dahulunya mereka adalah kelompok pelajar pemalas.
“Apa awak susah, saya malas, saya susah, saya tak minta nasi awak”. Mungkin ini terdedik dalam hati orang yang sedang membaca tetapi anda akan marah jika anak anda malas kerana anda tahu kesannya. Anda pernah melaluinya dan anda tahu musibahnya. Penyesalan demi penyesalan akan timbul dalam benak orang pemalas, namun kerana ego, dia diamkan. sedarlah, malas tidak membawa apa-apa keuntungan.
Sebenarnya setiap orang mempunyai keupayaan untuk membuang rasa malas itu. Cuma, ia bergantung kepada otaknya. Jika otaknya digunakan, maka ia akan membuang jauh rasa malas itu.
Buang rasa malas dengan kesungguhan, dengan waras dan dengan istiqamah. Anda akan berjaya mengubah masa hadapan anda dan keluarga anda. Bukan sedikit, tetapi seluruh kehidupan anda dunia dan akhirat.